Dr. Mohamad Saad Al-Katatni
Speaker Baru Parlimen Mesir
Asastarbawi: 23 Jan 2012
Dr. Mahmoud Saqa, pengerusi sementara Majlis Parlimen mengisytiharkan kemenangan Dr. Mohamad Saad Al-Katatni sebagai Speaker Majlis Parlimen Mesir dengan majoriti setelah memperolehi 399 undi.
Kata Saqa: Keputusan Komiti Khas yang mengelolakan pemilihan Speaker Majlis Parlimen adalah seperti berikut: Bilangan mereka yang mengundi ialah seramai 503 perwakilan. 496 undi diterima . 7 undi rosak. Calon kedua, Esham Sultan mendapat 87 undi dan calon ketiga Yusuf Badri mendapat 10 undi.
Suasana diraikan penuh kegembiraan dan tepukan dari semua perwakilan. Dr. Saqa memberikan ucapan tahniah kepada Al-Katatni dari pihak dirinya sendiri, seluruh perwakilan dan seluruh rakyat Mesir. Diikuti oleh Esham Sultan yang segera memeluk Dr. Al-Katatni sebaik diisytiharkan sebagai pemenang dan memberikan ucapan tahniah.
Dr. Al-Katatni naik ke pentas untuk menerima amanah sebagai Speaker Majlis Parlimen dari Dr. Saqa. Dr. Saqa meminta izin dari Dr. Al-Katatni untuk menyampaikan ucapan penegasan bahawa demokrasi telah kembali ke negara kita, merpati kebebasan telah mengungguli tempat ini dan menyampaikan wasiat kepada Speaker majlis Parlimen supaya meraikan darah-darah syuhada yang tumpah dalam revolusi 25 Januari 2011.

No comments:
Post a Comment