Tuesday, 31 July 2012

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.. Salam sejahtera, salam sayang kepada sidang pembaca budiman. . atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan selama beberapa bulan ruang blog ini tidak dapat di update. Insya Allah re-update akan berlaku semula selepas ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Wednesday, 29 February 2012

Bagaimana Mengendali Liqa' Tarbawi


Catatan: Alim Murabbi Dr. Fathi Yakan
http://asastarbawi.blogspot.com

Ada sesetengah pihak yang merasa pelik apabila membicarakan tajuk-tajuk seperti ini dengan kajian dan analisa. Mereka menganggap tajuk-tajuk seperti ini sangat mudah dan tidak perlu diberikan keutamaan bahkan tidak perlu untuk difikirkan sangat. Hakikatnya saya sangat berbeza dengan aliran yang memandang enteng urusan-urusan tanzimi dengan tidak memberikan perhatian sewajarnya kerana sekecil apapun amal yang kita lakukan, ia tidak akan berjaya dan berfaedah kalau tidak dilakukan dengan teliti dan itqan.

Apa lagi kita sekarang berada di zaman peristiwa-peristiwa mendahului masa, musuh-musuh Islam juga sentiasa merancang dengan sangat teliti. Apabila kita ketinggalan dalam perancangan, kucar-kacir dalam organisasi dan cetek dalam berpandangan, pastinya ia akan menyebabkan pelaksanaannya kucar kacir, pembaziran potensi dan waktu.

Tersusunnya amal-amal jamaah bermula dari tersusunnya pertemuan-pertemuan kecil dalam jamaah itu sendiri dan terlaksananya segala projek-projek jamaah dengan baik. Begitu pula sebaliknya, gagal mungkin bermula dari kecelaruan dan kelamkabut di sana sini.

Kita mungkin boleh melevelkan mustawa sesebuah jamaah menerusi perjalanan satu daripada perjumpaan-perjumpaannya yang diadakan, atau menerusi pelaksanaan sesuatu projeknya. Jika permulaannya baik, maka yang akan berlaku selepas itu akan menjadi lebih baik. Jika permulaannya buruk, maka apa yang akan berlaku selepas itu pasti akan menjadi lebih buruk.

Pertemuan-pertemuan tanzimi sebenarnya boleh dianggap sebagai kunci kejayaan atau kegagalan kepada kerja-kerja jamaah. Untuk menjayakan perlu ada beberapa faktor yang boleh menjayakannya, antaranya:

1.  Terikat dengan janji pertemuan

Faktor pertama dalam meruntuh pertemuan ialah keterlewatan dari masa yang telah ditentukan, sekalipun kelewatan itu hanya beberapa minit !!. Pemikiran yang meremehkan masa satu minit mungkin boleh meremehkan masa satu jam, atau masa keseluruhannya. Pemikiran yang tidak terikat dengan beberapa minit masa, tidak terikat dengan minit-minit dalam syarak, atau dia telah terbiasa melanggari segala batasan ekoran dari sikap tersebut.

Waktu menurut hukum syarak dan hukum uruf semasa seperti sebuah janji yang mesti dijaga dan ditunaikan tanpa meremehkan atau melanggarinya. Firman Allah s.w.t:
وأوفوا بالعهد ، إن العهد كان مسئولاً

Ertinya: dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan Dengan manusia), Sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. Al-Israa’ : 34
 Al-Quran menyifatkan orang-orang beriman itu sebagai orang yang menjaga janji, firman Allah:

والموفون بعهدهم إذا عاهدوا

Ertinya: perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian . Al-Baqarah:177

والذين هم لأماناتهم وعهدهم راعون
Ertinya: dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya; Al-Mukminuun:8

Sewaktu membicarakan sifat-sifat Munafiq, Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا حدث كذب ، وإذا وعد أخلف ، وإذا ائتمن خان

Ertinya: Apabila berbicara, dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia mengkhianati

2.  Liqa’bersifat kasih-sayang 

Tanpa ragu lagi bahawa apabila liqa-liqa’ yang diadakan itu membawa sifat liqa’ penuh kasih sayang akan memunculkan keberkatan, petunjuk dan kelurusan jalan daripada Allah s.w.t. Tanpa sifat kasih sayang ini, akan menjadikan liqa’ itu sebahagian dari percaturan syaitan yang tidak akan berakhir dengan kebaikan atau tercapainya kebaikan.

Oleh kerana itu, wajib menghadirkan jiwa kita ke dalam liqa’ tersebut agar tidak di adakan liqa’ itu sedang dalam jiwa-jiwa kita dipandu oleh bisikan-bisikan iblis yang boleh merosakkan suasana  dan mengundang bencana.

Mulakan liqa’ dengan mohon perlindungan kepada Allah s.w.t daripada syaitan yang direjam. Perdengarkan sesuatu dari ayat-ayat Al-Quran. Tujukan doa penuh keikhlasan  kepada Allah s.w.t agar Allah melimpahkan Taufiq-Nya kepada semua ahli liqa’. Juga supaya Allah s.w.t jadikan liqa’ini dihujani dengan ketenangan, kerahmatan dan juga para malaikat serta disebut oleh Allah kepada sesiapa yang berada di sisi-Nya.

Tidak sia-sia apabila Baginda Nabis.a.w bersabda:
إن كل عمل لم يبدأ ببسم الله فهو أقطع أو أبتر

Ertinya: Sesungguhnya setiap amal yang tidak dimulakan dengan bismillah maka ia adalah amal yang terpotong atau terputus.

3.  Perbincangan yang Objektif

Antara faktor pembantu dalam menjayakan liqa’-liqa’ dan juga perbincangan berkesan ialah dominasi perbincangan yang objektif, jauh dari unsur-unsur spontan dan pendustaan. Ini menuntut perhatian kepada beberapa perkara:

Pertama     :Tentukan agenda dengan tajuk-tajuk yang akan diperbincangkan di awal pertemuan.

Kedua       :Tidak berpindah dari satu tajuk ke tajuk yang lain sebelum ia ditamatkan dengan keputusan yang jelas.

Ketiga      :Tidak membincangkan semula tajuk yang sudah diselesaikan kecuali ada alasan dan keperluan yang kuat.

Keempat     :Menangguhkan perbincangan setiap tajuk yang tidak dapat dipastikan aspek-aspek perbincangannya.

Kelima      :Menggunakan uslub pembentangan pandangan secara bertulis, terutama ketika perbincangan tajuk-tajuk penting dan kritikal.

Keenam      :Menggunakan uslub membahagikan kertas perbincangan terlebih dahulu kepada para anggota untuk dibaca sebelum perbincangan agar dapat difahami atau dicatatkan apa-apa komentar.

4.  Adab Perbincangan

Perbincangan yang dapat menatijahkan pengkayaan dengan pandangan-pandangan yang sejahtera, dapat mendedahkan aspek-aspek positif dan negatif   sehingga dapat diambil keputusan baik berkaitan tajuk tersebut, memerlukan beberapa faktor:
Pertama     : Jauhi dari menggunakan ayat yang merendah-rendahkan orang lain, memperlekehkan pandangan orang lain. Berinisiatif untuk memohon maaf jika terlaku perkara-perkara yang tidak baik.

Kedua       : Mendengar dengan baik setiap pandangan yang diberikan, sekalipun pandangan yang salah serta tidak memotong percakapan yang sedang disampaikan.

Ketiga      : Tidak boleh bersifat dengan sifat perlumbaan peribadi dan kalah mengalah antara kumpulan.

Keempat     : Perhatian dharuri, rendahkan suara sebaik mungkin.

Kelima      : Setiap orang tidak merasa bangga dengan pandangan sendiri, tetapi dengan tawadhu’nya pandangan keseluruhan anggota liqa,  dan dengan kesediaan mereka bertolak ansur terhadap pandangan peribadi mereka dengan pandangan yang lebih sempurna dan lebih benar. Semoga Allah mengangkat darjat mereka dan diberikan taufiq untuk memilih yang lebih baik dan lebih benar.

Keenam      : Membersihkan liqa’ dan perbincangan dari uslub-uslub menikam diri, mengaibkan diri, menmgumpat, mengadu domba, berkonspirasi dan seumpamanya dari sifat-sifat terkeji.

Inilah beberapa faktor yang jika ada, ia banyak membantu menjayakan liqa’ dan membuahkan hasil dan produktif. Suasananya penuh dengan kegembiraan dan harapan. Jika tidak ada, liqa’-liqa’ tersebut akan menjadi lubuk-lubuk beracun yang kekontangan hasil bersifat sangat pesimis.
Semoga Allah menjauhkan kita dari sifat-sifat Syaitan yang direjam ini.    


Monday, 23 January 2012

Speaker Baru Parlimen Mesir

Dr. Mohamad Saad Al-Katatni
Speaker Baru Parlimen Mesir
Asastarbawi: 23 Jan 2012

Dr. Mahmoud Saqa, pengerusi sementara Majlis Parlimen mengisytiharkan  kemenangan Dr. Mohamad Saad Al-Katatni sebagai Speaker Majlis Parlimen Mesir dengan majoriti  setelah memperolehi 399 undi.

Kata Saqa: Keputusan Komiti Khas  yang mengelolakan pemilihan Speaker Majlis Parlimen adalah seperti  berikut: Bilangan mereka yang mengundi ialah seramai 503 perwakilan. 496 undi  diterima . 7 undi rosak.  Calon kedua, Esham Sultan mendapat 87 undi dan calon ketiga Yusuf Badri mendapat 10 undi.

Suasana diraikan penuh kegembiraan dan tepukan dari semua perwakilan.  Dr. Saqa memberikan ucapan tahniah kepada Al-Katatni dari pihak dirinya sendiri, seluruh perwakilan dan seluruh rakyat Mesir.  Diikuti oleh Esham Sultan yang segera memeluk Dr. Al-Katatni sebaik diisytiharkan sebagai pemenang dan memberikan ucapan tahniah.

Dr. Al-Katatni naik ke pentas untuk menerima  amanah sebagai Speaker Majlis Parlimen dari Dr. Saqa.  Dr. Saqa meminta izin dari Dr. Al-Katatni  untuk menyampaikan  ucapan  penegasan bahawa demokrasi telah kembali ke negara kita, merpati kebebasan telah mengungguli tempat ini dan menyampaikan wasiat kepada Speaker majlis Parlimen supaya meraikan darah-darah syuhada yang tumpah dalam revolusi 25 Januari 2011.

Saturday, 21 January 2012

Hasil Pilihanraya Mesir 2011/2012

KEDUDUKAN TERAKHIR KERUSI PARLIMEN MESIR
BAGI PILIHANRAYA 2011/2012

Keseluruhan Jumlah Kerusi     = 498 kerusi
(Atas nama Parti 2/3 kerusi = 332)
(Atas nama peribadi 1/3 kerusi= 166)



Parti
Sistem
Parti
Sistem
peribadi
Jumlah
%
1
Parti Kebebasan dan Keadilan
حزب الحرية والعدالة


127

108

235

47.1
2
Parti an-Nur
حزب النور


96

27

123

24.6
3
Parti Wafdu Jadid
حزب الفد الجديد


36

2

38

7.6
4
Parti Gabungan Kutlah Misriyah
حزب ائتلاف الكتلة المصرية

33

1

34

6.8
5
Parti Wasat Baru
حزب الوسط الجديد


10


10

2.0
6
Parti Ishlah wa Tanmiyah
حزب الإصلاح والتنمية



8

1

9

1.8
7
Parti Gabungan Thaurah Mustamirrah
حزب تحالف الثورة المستمرة

7


7

1.4
8
Parti Hurriyah
حزب الحرية


4


4

0.8
9
Parti Misr al-Qaumiy
حزب المصري القومي


4

1

5

1.0
10
Parti Rakyat Mesir
حزب المواطن المصري


3



1

4

0.8
11

Parti Kesatuan

حزب الإتحاد

2


2

0.4
12

Parti Kesejahteraan Demokrasi
حزب السلام الديمقراطي


1


1

0.2
13

Parti Kesatuan Arab Mesir
حزب الاتحاد المصري العرب


1


1

0.2
14
Parti Muhafizin
حزب المحافظين


1
1
0.2
15
Parti Adil
حزب العدل


1
1
0.2

Calon Persendirian

23
23
4.6
J U M L A H
332

166
498
100


  • 21 parti telah dikeluarkan dari pertandingan kerana gagal memperolehi 0.05% suara atau 1392 undi pada skala nasional yang menjadi syarat wajib untuk diwakili diparlimen.
  • 23 wakil Parlimen bebas
Komentar:
  1. Kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan adalah anugerah Allah setelah membuktikan iltizam kepada perjuangan melebihi 80 tahun.
  2. Thabat perjuangan jamaah didokong oleh thabatnya usrah. Manakala thabat usrah didokong thabatnya peribadi dalam menghayati perjuangan.
  3. Kemenangan setelah 80 tahun itu bermula dari tarbiyyah yang mantap

 Analisa oleh : UKG ( http://asastarbawi.blogspot.com/ )