Monday, 31 October 2011

Risalah Untuk Murabbi

Catatan oleh: Dr. Muhammad Badi
'
الحمد لله حمدًا يليق بجلال وجهه وعظيم سلطانه، وصلاة وسلامًا على سيد خلق الله سيدنا وإمامنا وقدوتنا، محمد صلى الله عليه وسلم، وبعد..
Saudaraku yang dikasihi di jalan Allah,
Ketahuilah bahawa kalian   berada di atas bilah-bilahan besar dari dakwah kita yang diberkati ini. Kalian memikul tanggungjawab besar di hadapan Allah s.w.t. Sebagai perpanjangan  daripada amanah yang kalian pikul dengan melakukan tarbiyah terhadap saudara-saudara kalian, menjanjikan mereka dengan riayah dan taujih sesuai dengan manhaj Islam yang lurus. Dan berdasarkan prinsip-prinsip asas dakwah kita yang diberkati ini.  Itulah amanah yang tidak sanggup dipikul oleh bukit bukau sebagaimana firman Allah:
إِنَّا عَرَضْنَا الأَمَانَةَ عَلَى السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولاً
Ertinya: “Sesungguhnya kami telah bentangkan kepada langit dan juga bumi serta bukit bukau akan amanah ini, mereka tidak menyanggupimua..
Oleh itu hendaklah kalian  merasai kepentingan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu kalian, ambillah amanah ini dengan sebenarnya dan laksanakanlah sebagaimana yang disukai dan diredhai oleh Tuhan kamu. Thiqahlah kepada ganjaran, keredhaan dan pertolongan  Tuhanmu.
Perbaikilah hubungan kalian dengan Allah Azzawajalla dalam terang-terangan mahupun dalam keadaan rahsia. Bimbinganlah dirimu dan diri saudara-saudara kalian ke arah yang diredhai oleh Tuhan. Jadilah sebagaimana yang dikehendaki oleh Tuhan pada setiap detik dan masa. Berusahalah mengangkat aspek keimanan dan pengabdian di dalam diri kalian dan diri teman-teman kalian.  Efektifkan seluruh usaha, waktu dan program kalian.  Jadikanlah seluruh amal, gerakan dan diam kalian ibadah kepada Allah s.w.t.  Jagalah supaya tertanam dalam  perhatian para ikhwah tumpuan kepada ibadat-ibadat, nilai dan hakikatnya di dalam jiwa yang kesan tarbawinya akan kembali kepada peribadi, jamaah dan umat seluruhnya. Antaranya;
1.      Menjaga solat fardhu secara berjamaah, qiamullail, puasa, tilawatul quran, sedekah, banyak zikrullah, berbuat baik kepada ibubapa, hubungan silaturrahim, seluruh bentuk kebaikan. Ketahuilah bahawa  setiap kali  ada keadaan anda dengan Allah yang tidak diketahui oleh orang lain kecuali Allah, maka Allah akan memudahkan kepada anda segala urusan dengan kelebihan, kemuliaan dan kerahmatan-nya. Allah akan tundukkan seluruh tenteranya kepada anda  yang tidak diketahui oleh sesiapa kecuali Dia.
2.     Tarbiyahkanlah teman-teman kalian mengasihi masjid, selalu berulangalik ke masjid dan berada di masjid. Ia merupakan tempat tumpuan dan tempat perlindungan. Masjid adalah pengkalan seluruh kebaikan. Jadilah orang-orang masjid, beribadah kepada Allah, berqudwahkan kepada sunnah Rasulullah s.a.w, para sahabat dan juga salafu soleh. Lekatkanlah hati kalian dengan masjid sebagaimana hati-hati mereka terlekat pada masjid.
3.     Jagalah agar ma’ani kekeluargaan dan kemasyarakatan terlaksana di dalam usrah kalian. Agar usrah kalian memiliki seluruh ma’ani kekeluargaan dan kemasyarakatan.  Saling bergandingan dalam kehidupan, saling berziarah, saling berbicara, saling berbincang, saling bergembira dan keluar bersama-sama dalam berbagai rehlah dan perjalanan agar hati-hati kalian saling terbuka antara satu sama lain.  Sehinggalah usrah itu menjadi sebuah kitab yang terbuka dan terlaksana seluruh rukun-rukunnya yang terdiri daripada taaruf, tafahum dan takaful.

4.     Ikatkan peribadi-peribadi dalam usrah kalian dengan prinsip-prinsip, program-program dan manhaj, bukan dengan peribadi-peribadi kalian. Jika tidak, ia merupakan permulaan yang bahaya kepada kalian dan dakwah kalian.

5.     Kita perlukan usrah muntijah yang melahirkan produk-produk dakwah dan masyarakat yang sebenar.  Dapat dilihat kesannya pada setiap lingkungan keberadaan ikhwah dan akhawat. Jadikanlah slogan kalian “Tiada siapa akan mendahului kita dijalan Allah”.  Begitu juga kita perlu menanam sebanyak ungkin nilai-nilai positif yang terdapat dalam perancangan kalian terutamanya yang dapat meniupkan harapan dalam jiwa para ikhwah dan akhawat. Dengan nilai-nilai itu  mereka akan bergerak di dalam masyarakat sebagai pembawa perubahan dan pemimpin kepada yang lain. Menunjukkan kepada mereka jalan kebaikan. Memberi dan berkorban pada setiap waktu dan ketika.   Jiwa masyarakat hendaklah digerakkan dengan nilai-nilai positif ke arah kebaikan, kebajikan dan pembaikan.

6.     Tanamkan dalam diri teman-teman kalian ruh intima’ kepada agama Allah s.w.t dan dakwahnya.  Ruh intima’ kepada tanahair dan umatnya sehingga mereka merasa bangga dengan intima’ tersebut dan bangga dengan  pertolongan Allah kepada mereka. Dari sini mereka merasakan kelazatan dengan setiap usaha dan  kesusahan  yang terbentang ditengah  perjalanan mereka. Begitu  juga nilai-nilai yang menyemarakkan  semangat positif , kemandirian dan juga ketinggian hemmah.

7.      Hiasi setiap perkataan dan perbuatan kalian dengan qudwah solehah.  Sebaik-baik qudwah untuk kita semua ialah Rasulullah s.a.w.

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Ertinya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah s.a.w itu ada uswah hasanah bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan Hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.
Maka hiasilah diri kalian dengan akhlaq Rasulullah s.a.w , sifat-sifatnya yang mulia dan tingkah laku yang sangat baik. Berusahalah  agar kalian menjadi sebaik-baik qudwah kepada saudara-saudara kalian,  persembahkan dari diri saudara qudwah dan uswah hasanah. Berusahalah  agar para ikhwan  melihat kalian di hadapan mereka pada setiap amal atau taklif  yang yang diberikan kepada mereka.  Awasi dari memberikan taklif apa yang kalian tidak lakukan. Atau Allah melihat kalian terlebih dahulu  sebelum ikhwah/akhawat yang lain yang kalian cegah mereka lakukan.  Fokuskan pandangan mata kalian kepada amaran Allah s.w.t
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ  (الصف).
Ertinya: Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.


Ikhwah/ Akhawat yang dikasihi..
Laksanakanlah hak-hak yang masih berada dileher kalian. Itulah yang diseru oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna ketika beliau berkata:  “Bagi Qiyadah dalam dakwah Ikhwan ada hak seorang ayah dalam ikatan hatinya,  hak seorang ustaz dalam manafaat ilmunya, hak seorang syeikh dalam tarbiyah ruhiyyahnya dan hak seorang qaid dalam melaksanakan siasah umum dakwah dan dakwah kita merangkumi seluruh makna-makna ini”.  Dari sini muncul persoalan  paling penting:  Bagaimana dituntut hak dari seorang yang tidak melaksanakan kewajiban ?  Olehitu ikhwatul kiraam, laksanakanlah amanah dengan sebenarnya dan jadilah orang yang terbaik  terhadap hak-hak ini.
Ketahuilah bahawa antara ciri terpenting seorang murabbi adalah keselamatan diri dari sifat keakuan  dan cinta diri sendiri. Oleh itu, bantulah saudara-saudara kalian dan bantulah mereka . Tolonglah mereka menunaikan hak-hak mereka dengan penuh kasih sayang, penjagaan dan pemantauan. Tunaikanlah hak-hak mereka sebelum kalian menuntut mereka menunaikan hak-hak kalian.
Ketahuilah bahawa mustawa-mustawa tarbiyah adalah hak bagi sesiapa yang telah melepasi syarat-syarat setiap marhalah sesuai dengan asas-asas, ukuran dan dhawabit yang telah diletakkan oleh saudara-saudara kalian para murabbi tanpa mengurangi atau melebihinya.  Oleh itu janganlah menghalang saudara-saudara kalian dengan meletakkan syarat-syarat dan dhawabit  dari diri kalian sendiri.  Sebaliknya juga janganlah cuai dalam  menunaikan hak-hak dakwah dengan menaikkan mustawa mereka yang tidak berhak.  Sesungguhnya itu adalah amanah dan  dan tanggungjawab dihadapan Allah sepenuhnya, dari awal sampai akhir.
Ikhwah yang dikasihi… Kasih kalian kepada ikhwan yang lain mestilah benar, praktis dan dirasai oleh mereka.  Seorang bapa itu tidak hanya berkata kepada anak-anaknya  bahawa dia mengasihi mereka. Tidak juga memberikan ceramah-ceramah tentang kasih sayang, kerinduan dan belas kasihan, tetapi mereka sendiri merasakan sejauhmana  kasihnya ayah kepada mereka, sejauhmana pengorbanan seorang ayah  untuk mereka.  Oleh itu, perlu para ikhwah melihat kasih sayang  dari kalian secara amali.  Kalian akan dapati natijah dan kesannya dalam tingkah laku, gerakan, aktiviti dan pencapaian mereka.
Perelokkanlah cadangan dan persembahan kalian akan ikhwah dan akhawat bersama kalian kepada para masul di atas kalian, perelokkanlah  penggunaan potensi-potensi mereka untuk memegang berbagai tugasan.  Usah sekat mereka dengan alasan terlalu berhati-hati. Kita ada contoh tarbawi nabawi yang mulia ketika diangkat Usamah bin Zaid r.a  sebagai uswah dan qudwah dalam penyediaan awal kepimpinan.  Peninggalan contoh Nabawi ini telah diikuti oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna ketika mengangkat para ikhwah ke tapak-tapak kepimpinan dan masuliyah.  Maka mereka adalah dengan kelebihan daripada Allah ketika berbaik sangka. Setiap kali kalian mengemukakan peribadi-peribadi dan kepimpinan-kepimpinan yang soleh dan musleh kepada dakwah kalian, bermakna kalian adalah mereka yang produktif dan memelihara dakwah kalian.
Memberikan peluang kepada peribadi-peribadi untuk menjadi pemimpin dikala mencukupi syarat-syaratnya,  adalah merupakan ukuran pencapaian paling besar kepada murabbi hakiki.  Jangan jadikan keaiban-keaiban diri  merencatkan potensi. Jangan berhenti dari terus memperbaikinya, tetapi teruskan perbaikan itu sepanjang gerakan dan amal kalian.  Ketahuilah bahawa apa yang meransang pendirian-pendirian seperti ini adalah jaminan daripada Allah s.w.t kepada sesiapa yang mengemukakan seorang qaid yang sesuai dari kalangan saudaranya bahawa baginya ganjaran yang sama kepadanya tanpa sebarang kekurangan.  Saya ingatkan kalian  akan contoh seorang akh yang mengemukakan ustaz Umar tilmisani kepada dakwah, lalu Allah berikan kepadanya manafaat dan kepada dakwah.
Paling saya khuatir ialah apabila ada di antara kalian yang menjadi penghalang kepada saudaranya untuk mara ke hadapan. Secara tidak langsung, dia akan menjadi penghalang kepada dakwahnya dari menerima banyak kebaikan, dari aspek dakwah, pengurusan dan juga organisasi.  Siapakah dari kalangan kita yang  sanggup menanggung bebanan ini , wahai saudara-saudaraku yang dikasihi ?!
Ikhwah yang dikasihi… Berusahalah melaksanakan sistem pentadbiran dengan penuh kasih sayang di antara kalian.. meriahkan ruh kasih sayang, rahmat, saling simpati dan saling menanggung beban antara kalian di dalam usrah.
وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ
Ertinya: dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu
Tanamkanlah  prinsip bebas berpendapat di antara saudara-saudara kalian. Jangan disekat dalam memberikan pendapat. Jangat mentajrih orang yang memberikan pendapat. Terimalah kritikan dan nasihat dengan dada yang lapang. Ingatlah pesanan dari Ustaz Mustaffa Masyhur rahimahullah kepada kita: “Berikan nasihat dalam bentuk yang paling sempurna dan terimalah nasihat dalam apa saja bentuk”.  Perelokkanlah penampilan kepimpinan kalian dihadapan mata saudara-saudara kalian. Ikutlah pesanan yang tersebut dalam surah al-‘Asr dalam seluruh hidup kalian:
وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)
Ertinya:  1. Demi Masa! 2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian - 3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.
Ingatlah bahawa antara kelebihan qaid tarbawi yang terpenting adalah kemampuan menyelesaikan  pelbagai persoalan, mengatasi kesukaran, menguasai peribadi dan persoalan. Oleh itu, berusahalah  menangani dan merawati pelbagai permasalahan itu dengan cara terbaik.  Jaga-jagalah agar kalian tidak menjadi pencipta dan peletup permasalahan sehingga para ikhwan lari bertempiaran mengingkari kepimpinan mereka dan akhirnya mengundang kemurkaan Allah.  Apabila hati-hati  terpecah-pecah, perasaan menjadi kasar, rasa simpati hilang dan muncul kumpulan-kumpulan kecil yang saling berselisihan, maka bagaimanakah rahmat, pertolongan dan dokongan Allah akan turun kepada kita ?
وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Ertinya: 46. dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.
Akhirnya.. ikhwah yang dikasihi sekalian.. Jangan abaikan membaca sejarah dakwah, kepimpinan dan para mursyid  kalian. Pada sejarah ini banyak terdapat pelajaran dan pengajaran. Ada bekalan hakiki untuk kalian di atas jalan dakwah. Padanya ada jawaban amali terhadap setiap syubhat yang ditimbulkan terhadap dakwah kalian.  Kalian perlu mengulangkaji “Rasail Imam Syahid Hassan Al-Banna” dengan penuh tekun, penuh pemahaman, kesedaran dan penguasaan agar saudara dapat belajar dan diajar tentang mabadi’sebenar dakwah kalian.
Berusahalah bersungguh-sungguh melaksanakan sepuluh sifat peribadi Muslim pendukung dakwah yang disebut oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna pada diri kalian dan mereka yang kalian tarbiyahkan, iaitu: “ Salimul ‘Aqidah, sahihul ibadah, matinul khuluq, muthaqqaful Fikri, qawiyyul Jismi,  mujahidan linafsihi, nafi’an lighairihi, qaadiran ‘alal kasbi, harishan ala waktihi, munazzhoman fi syu’uunihi”.
Inilah peringatan saya kepada kalian dan saya memohon keampunan kepada Allah dan saya berdoa kepada Allah agar membantu kalian, menjadikan jalan kebenaran itu jalan kalian, mengurniakan kepada kita keikhlasan dalam ungkapan dan perbuatan, dalam rahsia dan juga terang. Dan ditinggikan urusan agama dan dakwahnya.  Allah adalah wali segala urusan dan berkuasa melakukannya.

Wednesday, 26 October 2011

Peranan Halaqah Tarbawiyah

Allah s.w.t berfirman:

Ertinya: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Allah s.w.t berfirman lagi:
Ertinya:  Dan demikian (pula) kami Telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan[95] agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.
[95]  umat Islam dijadikan umat yang adil dan pilihan, Karena mereka akan menjadi saksi atas perbuatan orang yang menyimpang dari kebenaran baik di dunia maupun di akhirat.

Begitulah Allah s.w.t menghendaki bagi Umat Islam kedudukan, kemuliaan dan peranan yang hebat. Iaitulah peranan menunjukkan  manusia kepada jalan hidayah , jalan agama yang benar.  Jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t kepada manusia seluruhnya.  Peranan ini adalah wajib ke atas setiap muslim dan muslimah. Umat Islam seluruhnya akan berdosa jika mereka tidak bekerja mendirikan daulah Islam yang melaksanakan agama Allah dan melindungi buminya.  Mengambil semula tanah suci Islam yang dirampas, di dahului oleh Masjidil Aqsa.  Merealisasikan target ini adalah sebuah kewajiban dan ia tidak mungkin tercapai kecuali dengan amal jama’ie.  Sepertimana ungkapan “Apa yang tidak sempurna sebuah kewajiban, kecuali dengan ia, maka ia adalah menjadi wajib”.

Berasaskan prinsip inilah Imam Syahid Hassan Al-Banna berjalan dan beliau melihat dharuri membina satu Jamaah (Ikhwan Muslimin). Menjadikannya satu sistem dalam tarbiah dan harakah.  Membataskan marhalah-marhalah dakwah, iaitu mempersiapkan peribadi muslim, kemudian mempersiapkan usrah muslimah.  Oleh itu masyarakat Muslim mentarbiyah peribadi-peribadinya di atas manhaj Islam. Seterunya Khilah Islamiyah.

Sehingga tercapainya target-target tersebut, maka tidak dapat tidak mestilah ada manhaj, qiyadah dan perajurit. Berkenaan qiyadah ini Imam Syahid menjelaskan: “kepada qiyadah di dalam jamaah Ikhwan Muslimin ada hak bapa dengan ikatan hati, ustaz dengan manafaat-manafaat keilmuan, syeikh dengan tarbiyah ruhiyah dan qaid dalam menjalankan siasah umum dakwah”. 

Peranan seorang daie murabbi ialah membimbing tangan-tangan yang ada menuju kepada istiqamah di atas jalan ini, mentahzib jiwa dan mengukuhkan hubungan dengan Allah s.w.t. Ini terealisasi menerusi halaqah tarbawiyah yang dianggap sebagai sarang tarbawi kepada peribadi-peribadi yang ditarbiyah secara sistematik.  Padanya ada objektif-objektif  dan program-program tertentu. Ini bukannya rekaan atau bida’ah.  Di dalam Bai’atul Aqabah kedua Nabi s.a.w telah membai’ah seramai tujuh puluh dua lelaki dan dua wanita. Apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w: “Keluarkan daripada kalian dua belas orang Naqib”. Maka berbaki lagi selepas itu enam puluh orang, maknanya bagi setiap naqib ada lima peribadi bersamanya. Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Kalian adalah penjaga kepada kaum kalian”.

Sistem ini adalah bagi operasi tarbawi dan halaqah tarbiyah (Usrah). Dikira sebagai salah satu wasilah tarbiyah yang berkesan. Ia dikira sebagai perkara thawabit dalam pemikiran Islam yang syumul dan matang.  Maka tarbiyah adalah asas dalam kekuatan dan kemantapan binaan. Ia  mempersiapkan generasi-generasi dalam suasana ukhuwwah dan kasih sayang. Jika kita kembali merujuk kepada sirah Nabi s.a.w, kita akan dapati umat Islam generasi awal yang ditarbiyah diatas sajian-sajian al-Quran ini merupakan tiang-tiang seri dan juga tunggak-tunggak terbinanya daulah Islam. Ditangan merekalah tercapainya pertolongan Allah.

Imam Syahid Hassan Al-Banna telah mengambil panduan manhaj dan uslub ini dari Rasulullah s.a.w. Menggariskan jalan untuk mempersiapkan peribadi. Menjelaskan kriteria-kriteria peribadi Muslim yang terdiri daripada: Aqidah yang sejahtera, Ibadah yang benar, akhlak yang mantap, fikiran yang berilmu, menjaga waktu, teratur dan segala urusan, mampu berpendapatan, bermanafaat kepada orang lain, fizikal yang kuat dan mujahada terhadap diri sendiri.

Dari sini jelas kepada kita kepentingan halaqah tarbawiyah dalam kehidupan dakwah kita, yang menjaga:
1.      Ikatan kasih sayang kerana Allah menghimpunkan kelompok peribadi-peribadi itu.
2.      Ia adalah salah satu wasilah tarbiyah, tasqif dan ta’lim.
3.      Bengkel untuk meletupkan segala potensi yang ada, berkenalan dan menggunakannya.
4.      Bahkan ia menjadi batu-bata pertama dalam binaan jamaah dan pembentukan peribadi-peribadi serta mentarbiyah mereka dengan tarbiyah yang syumul dalam seluruh aspek kehidupan.

AHDAF HALAQAH TARBAWIYAH

1.      Mendapatkan balasan pahala dan kejayaan: Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya:  “ Tidaklah berhimpun sesuatu kaum di atas Kitab Allah dan saling mengambil faedahnya antara mereka melainkan mereka adalah menjadi tetamu-tetamu Allah dan para malaikat juga memayungi mereka sehinggalah mereka bangun dan masuk kepada perbicaraan yang lain”.

1.       Pembentukan peribadi Islam yang mutakamilah yang ditarbiyah diatas sepuluh sifat di atas sehingga membuahkan anak-anak yang tidak mengabaikan hak kedua ibubapanya, isteri qudwah yang menunaikan hak suaminya dengan penuh semangat  dan ruh yang tinggi, ibu yang benar yang baik dalam mentarbiyah anak-anaknya dengan tarbiyah yang cukup istimewa dan pegawai yang menunaikan tugasan dengan baik.

2.      Memberikan perhatian dari sudut haraki; tidak ada tarbiyah tanpa harakah dan tidak ada harakah tanpa tarbiyah. Inilah yang kita dapati sahabat-sahabat kita dari harakah Hamas.. tarbiyahnya menjelaskan tentang harakah, jihad dan kegigihan yang tiada bandingannya.

3.      Membiasakan peribadi dengan tarbiyah zatiyah. Seorang akh atau ukhti itu tidak cenderung kepada tarbiyah jamaiyah tetapi mestilah ada di sana usaha peribadi sendiri untuk mempertingkat mustawa dirinya. Bagi dirinya ada program-program  ta’lim amali dengan dirinya sendiri.

4.      Merealisasikan saling membantu (ta’awun) di antara peserta halaqah demi untuk peningkatan dalam setiap bidang, serta saling bertukar pengalaman tarbawi, manzili dan ijtima’ie. Bahkan memanafaatkan seluruh pengalaman yang ada dalam lingkungan halaqah.

5.      Melatih memberikan pandangan secara bebas, perbincangan, mengungkapkan pendapat, membentang dan mendengar secara baik. Ini boleh didapati menerusi halaqah tarbawiyah.  

6.      Kerjasama di antara peserta halaqah menyelesaikan permasalahan, seperti sensitiviti berlebihan, cepat marah, sombong, meninggalkan amalan sunat, mengabaikan tarbiyah anak-anak atau muamalah suami isteri yang tidak harmoni.

7.      Mengukuhkan ikatan antara peserta halaqah melalui cara merealisasikan rukun-rukun usrah, iaitu:

a.      TAARUF .. firman Allah:
Ertinya : Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal

                              # Taaruf dari dekat, iaitu dengan mengenali keadaan peribadi dan sosialnya.
                              # Mengenali apa yang disukai dan apa tidak disukai, kecenderungan dan arah tujunya
                            # Mengenali sistem kehidupannya, keadaan sosial, ekonomi dan keimanannya untuk             memudahkan murabbi membantu keperluan-keperluannya.

a.      TAFAHUM.. munculnya pada peserta halaqah kesatuan bahasa dan saling memahami ketika perbincangan isu-isu tempatan dan juga antarabangsa.
# Tafahum yang melahirkan saling menasihati tanpa jurang, gelaran dan perpecahan.
# Tafahum yang zahir pada persepakatan prioriti marhalah khas, tempatan dan antarabangsa.
# Tafahum yang menjadikan seorang akh atau ukht itu memahami saudaranya sebelum berbicara dengannya.

b.     TAKAFUL… kita tidak lupa bahawa takaful itu kadangkala dalam bentuk maknawi dan kadangkala dalam bentuk material.  Di mana setiap peserta halaqah saling menanggungbeban bahkan mungkin boleh diluaskan daerahnya kepada ikhwah dan akhawat yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dalam kasih sayang, kerahmatan dan perasaan mereka seperti satu jasad. Apabila satu anggota anggotanya, maka seluruh jasadnya turut berjaga malam dan demam.



UKURAN KEJAYAAN HALAQAH TARBAWIYAH

Tarbiyah yang hebat ialah yang mampu merealisasikan fenomena-fenomena berikut menerusi halaqah tarbiyahnya:
# Ikhwah akhawat yang saling berkasih sayang dan bersepakat di antara mereka.
# Ikhwah akhawat yang mukminun, mukhlisun dan muttaqun kepada tuhannya.
# Ikhwah akhawat yang benar-benar memahami agama dalam kerangka umumnya.
# Ikhwah akhawat yang peka dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekelilingnya.
# Memberikan tenaganya untuk amal-amal demi agama.
# Halaqah berjaya mentarbiyah para peserta, mengaktifkan dan menggunakan potensi mereka.

Kita tidak lupa… bahawa mu’aayasyah dan mutabaah peribadi secara dua hala pada waktu-waktu lain diluar waktu halaqah adalah tersangat penting ! Ini kerana ia dapat merealisasikan kepada kita:
# mengukuhkan hubungan dan membinaketerbukaan antara murabbi dengan para peserta.
# Jelas pandangan kepada para murabbi untuk mengenali kekurangan dan keaiban diri bagi memudahkan ilajnya.
#  Menjejaki potensi-potensi peribadi serta kebolehannya untuk senang digunakan.
# Penyempurnaan peranan tarbawi bersama peserta.

WASILAH-WASILAH PRAKTIKAL MEMBANTU MURABBI

# Jemputan makan dan alangkah baik jika dalam bentuk berbuka puasa
# Menemani mereka mendapat rawatan di klinik
# Berehat sambil duduk-duduk di tempat yang tenang dan cantik
# Berkomunikasi secara telefon
# Mengingati mereka ketika wirid rabitah
# Berkumpul atas hal-hal ketaatan kepada Allah

Sekadar itu sahaja semoga Allah memberikan taufiq dan kita tidak lupa untuk berdoa kepada Allah agar menerima amal-amal kita dan menjadikan kita sentiasa ikhlas kepadaNya.

Thursday, 20 October 2011

Erdogan Mengajar Kita

Oleh Ahmad Abu Ratimah
Di antara rahmat Allah s.w.t kepada kita semua, ialah memberikan kepada kita pada setiap zaman  peribadi-peribadi jujur dan ikhlas yang menjadi contoh yang soleh untuk diikuti dan mendorong kita mengikuti jalan benar serta menjelaskan hujah kepada mereka yang malas dan ketinggalan..
Kami mengira bahawa peribadi-peribadi contoh tersebut dizaman kita ini ialah perdana Menteri Turki Rajab Tayyib Erdogan dan kita tidak mendahului Allah dalam pujian ini.. Petanda kebaikan peribadi ini ialah dia diterima di atas muka bumi ini. Berapa ramai hati dan lidah yang berdoa kepadanya agar diberikan petunjuk oleh Allah, dijaga dan dibetulkan perjalanannya. Hadith Rasulullah s.a.w  menyebut bahawa apabila Allah mengasihi seseorang hamba, Allah memerintahkan Jibril supaya mengasihinya kemudian Jibril menyeru seluruh penduduk langit supaya mengasihi peribadi tersebut seterusnya diletakkan penerimaan itu di bumi.
Dengan ujian dan krisis akan muncul manusia-manusia mutiara.  Hari-hari mutakhir ini Rejab Toyyib Erdogan telah diuji dengan kematian bondanya yang berusia 80an.  Hukum politik  dengan segala kekeringan dan kekontangannya selalu menyebabkan hati menjadi keras dan menjauhkan  seseorang dari perasaan kemanusiaan. Namun Erdogan, walaupun tersangat sibuk dengan kejayaan politiknya tidak terlepas dari sifat manusiawinya. Beliau mempunyai perasaan yang sangat sensitif sehingga bercucuran airmatanya sewaktu menangisi pemergian bondanya. Ada gambar-gambar yang menunjukkan betapa peribadi hebat ini sangat dekat dengan ibunya dan sangat berjasa terhadap ibunya.
Bukan airmata Erdogan satu-satu yang perlu diperhatikan, kerana Erdogan dalam kesedihan itu tidak melupakan perhatian terhadap maslahat masyarakat yang diamanahkan kepadanya. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh  Jabatan Media oleh Perdana Menteri menuntut supaya sesiapa yang mengucapkan takziah kepada arwah ibunya, Tanzilah Erdogan  supaya  menderma harga  bunga takziah atau  harga iklan takziah tersebut  kepada projek kebajikan  masyarakat remaja sebagai ganti kepada bunga takziah yang dihantar ke rumahnya.
Erdogan memang hebat dalam sikap seperti ini. Beliau tidak suka dengan sikap bermuka-muka yang boleh dilakonkan oleh orang jujur dan orang munafik. Belia tidak memandang kemewahan, ukiran kata-kata dan suasana kosong yang tidak boleh mengenyangkan si lapar dan tidak boleh memberi pakai kepada mereka yang tiada pakaian. Beliau  menggunakan  peluang baik itu untuk amal-amal positif  lagi membina yang boleh mengembalikan kebaikan kepada masyarakat yang telah memberikan kepercayaan kepadanya.  Yang juga boleh menjadi sedekah jariah kepada ibunya di dalam kuburnya..
Sikap ini membuktikan bahawa Erdogan dipenuhi oleh ruh kebaikan dan sepenuh hati berkhidmat untuk masyarakatnya sehingga terjelma sikap yang jujur tanpa dibuat-buat atau direka-reka untuk tujuan politik.
Dengan pendirian dan sikap ini, Erdogan telah mengajar kita makna amanah, bersih, telus dan menjaga harta masyarakat. Oleh itu makna anda menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam madrasah Erdogan ialah anda menjadi seorang yang sangat menjaga  harta masyarakat. Seorang yang sangat bertaqwa dalam  menjaga apa jua jumlah harta tersebut.
Jika kita bandingkan pendirian berakhlak  oleh Erdogan  dengan sikap-sikap kebanyakan pembesar-pembesar kerajaan di negara-negara Umat Islam lain, ternyata sangat  jauh berbeza. Berapa banyak harta yang dilimpahkan oleh para pembesar kerajaan dalam berbagai perayaan,  sambutan, walimah dan sebagainya  tanpa hitungan atau penjelasan.
Betapalah indahnya jika mereka memiliki ruh  kebaikan seperti yang digambarkan oleh Erdogan. Betapa banyak sekolah, hospital dan projek-projek kebajikan dapat dilaksanakan dengan harta yang dicurahkan tanpa hak yang sebenarnya.
Seruan Erdogan supaya berjimat-cermat dan menjuruskan semua harta itu kepada projek khidmat masyarakat itu bukan kerana negara berhadapan dengan kesempitan ekonomi, tetapi dari sudut sensitiviti akhlak yang mulia dan tinggi serta merasai kebertanggungjawaban.  Peribadi Erdogan ini diceritakan oleh pencapaian-pencapaiannya sendiri sehingga dia berjaya mengangkat pertumbuhan dan kehebatan ekonomi negaranya ke tahap yang belum pernah dicapai sebelumnya..
Jika inilah keadaan Erdogan dengan kejayaan-kejayaannya,  tidakkah patut bagi negara-negara yang menghadapi masalah kefaqiran dan pengangguran menjadi lebih perihatin dalam menjaga harta masyarakat dan mengambil idea dari madrasah Erdogan ini?
Erdogan mengajar kita supaya berjimat dalam slogan dan promosi dan biarkan kejayaan yang dicapai itu menceritakan tentang diri kita.  Kerana memasarkan slogan-slogan yang meluas kepada masyarakat tidak dapat mengenyangkan masyarakat dan tidak dapat membina rasa keamanan dari ketakutan. Apa yang masyarakat perlukan ialah kepimpinan yang jujur dan sepenuh masa berkhidmat untuk masyarakat, hidup bersama masyarakat, merasai apa yang masyarakat rasa dan bertaqwa kepada Allah pada amanah yang diserahkan masyarakat kepadanya. Allah  sahajalah penunjuk jalan kebenaran.

Salam Asas Tarbawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Sahabat-sahabatku yang dikasihi, syukur kepada Allah s.w.t yang telah mengurniakan kelebihan-kelebihan zaman ini untuk manusia hidup lebih baik.. Maka berbuat baiklah  sebagaimana Allah berbuat baik kepada anda.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Ikutan bagi orang-orang yang beriman dan qudwah bagi mereka yang mengharapkan perjumpaan denganTuhan.

Insya Allah asas tarbawi akan bersama-sama sahabat-sahabat sekelian, membawa perbincangan, paparan dan dapatan-dapatan yang boleh membantu kita mempertingkatkan mustawa diri kita lebih akrab kepada Yang Maha Pencipta. Dalam asastarbawi ini juga akan dibawa berita-berita semasa yang bersangkuitan dengan kehidupan kita umat Islam.  Insya Allah !