Saturday, 24 December 2011

SIRI PERSEDIAAN DAIE MURABBI (1)


(1)  Membongkar Potensi Tersembunyi dan Menugaskannya
Ada seorang Murabbi yang mengendalikan sekumpulan remaja. Anggota kumpulan tersebut menjalankan aktiviti tarbawi seperti hafazan al-Quran, mengkaji sirah Nabawi dan bermain bolasepak.
-        Antara remaja tersebut ada yang tidak pandai dan tidak suka bermain  bolasepak sebagaimana teman-teman yang lain dalam kumpulan tersebut. Keadaan itu meninggalkan kesan negatif terhadap peribadinya dan juga terhadap cara berkomunikasi dengan aktiviti-aktiviti tarbawi yang lain.
-        Murabbi  berbincang lebih terperinci dengan remaja tersebut berkenaan  aktiviti riadah yang dia ingin lakukan.  Jawab remaja tersebut dia ingin bermain bola tampar. Langsung Murabbi menemani remaja tersebut  ke salah sebuah kelab sehingga remaja tersebut mampu melakukan aktiviti sukan yang digemarinya selama ini.
-        Murabbi tersebut menziarahi remaja itu beberapa kali sepanjang latihan sambil memberikan puji-pujian. Berdialog dengan jurulatihnya tentang tahap prestasi dan perfomannya dari sehari ke sehari.
-        Murabbi mendapati ada perkembangan yang sangat jelas pada peribadi remaja tersebut dan bertambah kadar interaksinya dengan aktiviti-aktiviti tarbawi. Perasaan bahawa dirinya kurang berbanding teman-teman di dalam kumpulan tersebut menjadi semakin tersembunyi.
 Melalui pengalaman ini,  Murabbi mendapat beberapa resolusi:-
Ø  Murabbi perlu memahami bahawa tugasnya sebagai murabbi tidak hanya dalam bentuk tradisi, bahkan tugasnya juga ialah membongkar potensi-potensi tersembunyi. Potensi-potensi ini jika berjaya dibongkar dan ditugaskan akan dapat merealisasikan berbagai keistimewaan pada tahap peribadi mahupun tahap dakwah.
Ø  Tidak ada seorang pun yang berintima’ dengan agama ini boleh diletakkan dalam senarai  “tidak berpotensi untuk menyumbang” kerana  semua orang memiliki “sesuatu”  kalaupun tidak banyak, yang mampu mereka  hulurkan sebagai khidmat kepada diri dan umat mereka . Murabbi mestilah menjadikan mereka sentiasa ingin memberi dan menyumbang.
Ø   Menugaskan  potensi-potensi peribadi di dalam berbagai bidang yang mereka minat atau sedia tekuni, membolehkan mereka menghulurkan yang terbaik pada mereka demi mencapai objektif-objektif yang telah digariskan.
Ø  Mengenali peribadi secara mendalam merupakan tugas-tugas ketua yang sangat strategik dan paling berpengaruh. Itulah lubuk kekuatan yang dimiliki. Itulah rahsia pemimpin-pemimpin hebat.
Ø   Bukan semua orang baik untuk semua kerja kerana setiap orang hanya mudah dengan apa yang sesuai dirinya. Kemampuan berbeza dan berbagai. Namun kita perlu berusaha  bersungguh-sungguh untuk meletakkan potensi yang sesuai pada tempat yang munasabah.
Ø  Setiap Murabbi hendaklah berusaha mencetuskan  kepada mutarabbinya perasaan percaya kepada dirinya  dan kepada dakwah .
Ø  Setiap Murabbi hendaklah mengikat amalnya dengan akhirat.
MURABBI PERLU MENGELAKKAN DIRI DARI:-
§  Memberi tumpuan hanya kepada yang cemerlang sahaja.
§  Membuat hukuman terhadap peribadi menerusi hanya satu suasana sahaja.
§  Tidak memberi peluang kepada peribadi untuk berkreativiti
§  Sibuk dengan tugas-tugas tradisi dan tidak berfikir tentang peribadi-peribadi yang bersamanya.

Disediakan oleh:
 Yusuf Mahmud
http://asastarbawi.blogspot.com






Thursday, 22 December 2011

SATU HATI

Disediakan terjemahan oleh: http://asastarbawi.blogspot.com/

Peristiwa demi peristiwa berturutan sepanjang beberapa hari yang lalu yang menyentuh tentang pemilihan anggota Maktab Irsyad Jamaah Ikhwan Muslimin.  Media-media massa seperti biasa memuatkan berita-berita Ikhwan beserta dengan tahlil, tafsir, takwil dan juga takhmin sama ada benar mahu pun tidak benar.  Berita-berita ikhwan  menjuarai muka depan surat-surat khabar, majalah,  siaran berita dan juga laman-laman web.  Berita-berita Ikhwan ini memaksa dirinya keluar  di pentas-pentas politik.  Pendokong-pendokong dalam saf ikhwan, para pencinta Ikhwan bahkan para penentang Ikhwan juga hidup dalam keadaan yang sama menjadi sorotan media sehingga menimbulkan suasana yang tidak stabil dan penuh keresahan terhadap masa depan ikhwan.

Serangan, penjelikan, tuduhan dan tohmahan yang dihadapi oleh Ikhwan itu sebenarnya adalah satu serangan Psikologi terancang secara media massa, penuh perencanaan dan disengajakan.  Khabar-khabar angin perpecahan Ikhwan akan berlaku dalam masa terdekat tersebar luas di kalangan anggota Ikhwan. Para penganalisa mengatakan terdapat banyak tanda-tanda berlakunya perpecahan dalaman jamaah. 

Dari sini kami teringat kata-kata Imam Al-Banna r.a: “ Saya telah mendengar  deruan suara yang tidak difahami ini, maka saya tidak terbeban dengannya dan saya tidak pernah berusaha  untuk menjawabnya kerana saya tahu satu kaedah yang sangat bermanafaat kepada  saya dalam perjalanan dakwah amali ini, iaitu khabar angin dan pendustaan tidak akan habis dengan menjawabnya.  Tidak juga dengan menyebarkan khabar angin yang seumpamanya.  Tetapi ia akan selesai dengan amal yang  positif dan bermanafaat yang boleh menarik perhatian dan menuturkan lidah-lidah untuk berkata. Ketika itulah khabar angin yang baru (kebenaran) akan mengambil tempat khabar angin yang lama (kebatilan).

Dengan demikian kebanyakan ikhwan berhenti daripada menjawab khabar-khabar angin tersebut. Ketika ini pendirian-pendirian amali menjadi keutamaan. Setelah ribut  itu berlalu dan keadaan  menjadi tenang, maka datanglah kalimat-kalimat ini memperkukuhkan saf, menenangkan para pencinta Ikhwan,  menambahkan keyakinan dan thiqah para amilin,  menyinarkan harapan kepada mereka yang berputus asa,  menyalakan obor hidayah kepada mereka yang kesesatan, memperkukuhkan lagi kepercayaan mereka yang berligar dakwah serta menjelaskan sikap kepada merek yang jahil terhadap hakikat dakwah Ikhwan.

IKATAN TANZIMI
Dengan kelebihan daripada Allah, Ikhwan telah hidup dalam berbagai zaman di bawah bayangan  firman Allah s.w.t: “Berpeganglah kamu dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah-belah”.  Mereka hidup di bawah bayangan dakwah mereka yang diberkati di atas nilai-nilai dan ma’ani intima’ yang murni, ketaatan penuh kesedaran dan dan kejelasan,  saling mempercayai dan ukhuwwah yang benar sambil mengulang-ulang  ungkapan : “
الكفوف في الكفوف فاشهدوا عهودنا     ..الثبات في الصفوف والمضاء والفنا
Mereka terdidik di atas ma’ani ini.  Mereka hidup untuk dakwah dan dengan dakwah di bawah bayangan  suasana tanzimi yang dibina dengan rapi, intima’ yang mendalam, banyak menyumbang, tidak di jaga oleh nafsu. Bahkan penuh kasih sayang, persaudaraan, menyumbang dan memberi, ketaatan yang jelas bukan ketaatan membuta tuli. Mereka sentiasa berlumba dalam melakukan ketaatan, kasih sayang dan kejernihn hati. Keseua mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk kekal di dalam lingkungan kelompok beriman ini tanpa riya’ dan tanpa asabiyah buta.  Mereka dihimpunkan oleh ikatan tanzimi yang terangkum dalam tiga rukun ( taat, ukhuwwah dan thiqah) mereka tidak berganjak dari rukun ini walau selangkah semut.
Intima ‘ tanzimi dalam Dakwah Ikhwan itu adalah:
1.     Ketaatan yang jelas sandarannya, bertitik tolak dari keimanan dan syiarnya ialah:
" قوم يرون الحق نصر أميرهم .. ويرون طاعة أمره إيماناً"
 “kaum yang memandang kebenaran itu adalah menolong Amir mereka…. Dan mereka melihat mentaati perintahnya adalah satu keimanan”.
2.     Ukhuwwah Sodiqah yang mengatasi segala  ikatan intima’ lain yang sempit dan terbatas.
3.     Kethiqahan yang sangat tinggi, tidak lemah di hadapan ujian-ujian syahawat dan syubahat.  

DAKWAH KASIH SAYANG
Para Asatizah telah mengajar kita bahawa dakwah kita adalah dakwah kasih sayang tanpa ‘asobiyah dan tanpa unsur jahiliyah. Ia adalah dakwah suara hati yang dikawal oleh akal yang sedar. Dakwah Rahmat dan kelembutan di antara mereka tanpa kelemahan. Jauh dari daerah permusuhan  dan kemarahan. Mereka tidak saling hasad, tidak saling membenci, tidak saling mengintip,  tidak  melakukan provokasi dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.  Ikhwan mengasihi dakwah mereka sesungguh hati  sehingga dakwah itu memiliki hati dan pancaindera mereka. Mereka berintima’ kepada dakwah  dengan intima’ yang sebenarnya tanpa sebarang  keraguan dan  kesangsian. Mereka menanggung segala kesusahan dan melepasi segala sebab-sebab perpecahan.  Pada mereka dakwah itu seumpama tembok keamanan yang menyelamatkan mereka dari terjatuh ke lembah mutasaqitin atau dari menyentuh kehormatan dakwah  dan para pimpinannya.  Lebih tinggi daripada perkara-perkara yang remeh temeh.

Ikhwan telah mengajar kita bahawa kasih sayang dijalan Allah itu adalah aqidah dan salah satu rukun baiah. Perbezaan pandangan tidak sedikitpun merosakkan kasih sayang. Kita berbeza dalam pandangan dan pemikiran tetapi tidak berbeza pada hati-hati kita. Bermacam pandangan kita terhadap satu persoalan tetapi tanpa permusuhan dan kemarahan.

GEROMBOLAN SATU HATI
Dakwah Ikhwan adalah satu pokok yang sangat tinggi,  besar dan menakjubkan. Akar umbinya sangat dalam. Binaan dakwah asasnya sangat kukuh dan jiwa maknawinya kesannya sangat mendalam di dalam hati.  Begitulah Ikhwan.  Mereka beriman dengan kesucian dakwah mereka dan ketulusan fikrah mereka. Oleh itu mereka berazam dengan benar untuk hidup dengan dakwah dan mati di jalan dakwah dengan penuh kemuliaan.  Walaupun diserang dengan berbagai tuduhan dan provokasi.
Dakwah Ikhwan melahirkan dari peribadi-peribadinya gerombolan satu hati seperti berikut:
+ Gerombolan satu hati … mengembalikan mereka yang terpinggir, membangkitkan mereka yang tidur, menghidupkan harapan mereka yang kepenatan, meniupkan semangat mereka yang putus asa serta menghidupkan perasaan aman mereka yang rasa terancam. Oleh itu  apa juga goncangan syubhat dan syahwat tidak dapat menggugah dan menggugat kebersamaannya dengan dakwah.  Menolak semua bentuk rasa kekalahan dalam diri. Kerana itu, maka tidak ada pengasingan diri, merajuk dan merepek terhadap sahabat-sahabatnya. Setiap kali datang ujian maka semakin bertambah kekuatan dan kemantapan pegangan mereka dengan dakwah dan semakin kuat penggabungannya dengan saf.  
+ Gerombolan satu hati… tajarrud dari  setiap desakan nafsu. Tidak ditembusi oleh panahan mereka yang berkepentingan, tidak  juga keraguan mereka yang sentiasa menikam dakwah dan kepimpinannya, tidak terduduk oleh ujian-ujian yang datang silih berganti, tidak terduduk oleh keadaan ekonomi yang sukar dalam melakukan pengorbanan,  tidak bertembung antara kepentingan dakwah dan kepentingan peribadi,  tidak mengejar pangkat dan kedudukan, tidak  berebut kekuasaan, tidak berkonspirasi terhadap sesiapa, tidak dikuasai pemikiran keras, tidak juga dirosakkan oleh waswas syaitan dan sorotan-sorotan media. 
Bahkan mereka berhimpun di atas dasar ketaatan dengan maknanya yang syamil, mendirikan agama Allah di atas muka bumi ini sesuai dengan manhaj yang memiliki objektif-objektif tertentu. Dan baiah ketaatan untuk beramal kerana Allah atau mati di jalan Allah.
+ Gerombolan Satu Hati… mengkhususkan saudara-saudaranya dengan kasih sayang,  kesantunan, kelembutan, ithar, kelapangan dada serta limpahan dari hatinya kepada hati-hati yang berada di sekitarnya.  Sama-sama mengungkapkan  yang disebut oleh Imam al-Banna: “ Kami untuk kamu dan bukan untuk selain kamu wahai saudara-saudaraku yang dikasihi” (  نحن لكم لا لغيركم أيها الأحباب   ). Berhimpun di atas kebaikan, saling menghormati, memaafkan ketika tersilap, mengiktiraf kelebihan  mereka yang terdahulu. Menghidupkan takaful, tafahum dan ta’min.  Berpesan dengan kebenaran, berpenampilan yang baik,  pergaulan dan muamalah yang baik, wajah yang ceria, akhlak bertolak ansur sebagai satu rahmat dan belas kasihan, menolak sebarang kesakitan, degup jantung dengan satu ruh tanpa perselisihan dan permusuhan. Hati –hati mereka bersatu. Mereka dikumpulkan oleh satu hadaf iaitu kasih sayang Allah, oleh satu ghoyah iaitu keredhaan Allah. Apabila satu orang bersin di Timur, maka saudaranya di barat menjawab yarhamukallah !.  
+ Gerombolan Satu hati.. dengan para anggotanya  yang  menempuhi berbagai keadaan seronok, sedih, positif dan negatif, sentiasa memberikan sokongan dan dokongan kepada para anggotanya kerana mereka adalah pemberat timbangan amal dakwah, pemikul beban-beban dakwah,  pencipta keseimbangan dalam kehidupan,  hati yang pengasih, penenang jiwa dan taman-taman mereka yang berkasih sayang di syurga dunia sebelum syuga Akhirat.
+ Gerombolan Satu hati… Memiliki satu kefahaman yang sumber rujukannya yang tertinggi adalah al-Quran dan Sunnah Rasulnya s.a.w . Diikuti dengan Risalah Taalim imam al-Banna, Ma’alim Syed Qutb, pandangan-pandangan Hudhaibi, pemikiran-pemikiran al-Maududi,  pengajaran-pengajaran dari Dr. Sibaie, Fiqh Dakwah  Mustafa Masyhur, Abjadiyat Fathi Yakan, Tazkiyah-tazkiyah Said Hawa, Muntolaq Ahmad Ar-Rasyid serta syarah-syarah Jumaat Amin.
  Inilah Dakwah Ikhwan kepada sesiapa yang belum mengenalinya dengan baik,  kepada sesiapa yang  belum berada di dalamnya, kepada sesiapa yang belum memahami hakikatnya.  Begitulah Ikhwan… Mereka tetap sebagai gerombolan satu hati. Ada orang mengatakan ini sangat ideal tetapi kami yakin itulah hakikat dakwah ikhwan. Kita ungkapkan kepada para ikhwan sekelian yang kita kasihi kerana Allah dan mereka yang memenuhkan ruang internet dan media dengan berbagai tohmahan dan kejian terhadap Ikhwan: Cukuplah dengan usaha meragukan terhadap dakwah  kamu dan serangan terhadap kepimpinan kamu,  Jadikanlah  pendirian kamu berada disekitar kepimpinan kamu yang baru, berusaha untuk melakukan islah, taghyir dan tajdid dari dalam binaan tarbawi. Ruang media, laman web bukan ruang terbaik untuk melakukan  perubahan tarbawi yang diharapkan.
Imam Al-Banna: Wahai Ikhwah ingatlah dengan baik, sesungguhnya kalian  adalah ghuraba yang berusaha melakukan perbaikan ketika manusia dalam kerosakan, kalian adalah akal baru yang dikehendaki Allah membezakan antara kebenaran dan kebatilan pada waktu manusia bercelaru. Kalian adalah pendakwah Islam, pembawa al-Quran, penghubung bumi dengan langit, pewaris Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda selepas mereka.  Dakwah kalian memiliki kelebihan berbanding dakwah-dakwah yang lain, cita-cita kalian memiliki ketinggian berbanding berbagai cita-cita yang lain, kalian telah bersandar kepada kekuatan, kalian telah berpegang dengan simpulan yang sangat kuat dan tidak akan terungkai, kalian telah mengambil cahaya yang sangat terang dikala ramai manusia tersesat dari jalan yang benar. Allah memiliki urusan-Nya. Allahu Akbar walillahilhamd !


PENDAPAT BERBEZA, HATI BERSATU


Berbeza dalam memahami sesuatu adalah perkara biasa berlaku. Allah menurunkan al-Quran yang di dalamnya ada ayat-ayat muhkamat dan ada ayat-ayat mutasyabihat. Nas-nas al-Quran diturunkan mengikut kaedah Bahasa Arab. Dalam bahasa Arab ada terma hakikat, majaz, khas dan am. Allah Yang Maha Berkuasa mencipta manusia  dalam bermacam model dan tahap pemahamannya juga berbagai-bagai.  Pakar-pakar neurology menegaskan bahawa tidak ada dalam dunia ini dua bahagian otak kiri dan kanan yang sama.  Oleh itu tidak pelik jika berlaku perbezaan dalam memahami dan mengerti terhadap sesuatu perkara.  Begitu pula  latarbelakang pendidikan  berbeza-beza antara satu rumah dengan rumah yang lain,. Dari satu suasana kepada satu suasana yang lain. Tidak hairan jika kita dapati si polan cenderung kepada sikap memudahkan, manakala si polan yang lain cenderung kepada sikap berkeras.

Sejarah kita juga mengenali  sikap memudahkan yang dimiliki oleh Ibnu Abbas dan sikap tegas Ibnu Umar.  Ibnu Abbas tidak  mahu berasak-asak untuk menyentuh Hajarul Aswad agar tidak disakiti dan tidak menyakiti.  Manakala Ibnu Umar  berasak-asak sehingga berdarah kakinya. Katanya hatiku berhasrat besar untuk menyentuh hajarul aswad dan aku suka kalau hatiku bersama-sama mereka.  Ibnu Abbas  suka mendukung dan memeluk bayi sambil berkata ini adalah haruman yang sangat indah baunya. Ibnu Umar tidak suka mendukung dan memeluk bayi khawatir terkena najisnya.

Dari sini kita dapati banyak keadaan yang boleh membawa kepada perbezaan dalam memahami sesuatu, antaranya tabiat nas-nas yang dikemukakan, tabiat bahasa dan tahap kemampuan memahami. Sekiranya berbeza pendapat itu sesuatu yang terkeji, kenapa para fuqaha’ dari kalangan sahabat bebrbeza pendapat? Begitu para murid selepas mereka dalam memahami nas-nas  dan juga dalam melakukan istinbat sesuatu hukum.

Sebenarnya dalam berbeza pendapat ada adab-adabnya. Saya ingatkan perkara ini kepada diri saya  sendiri, kepada sesiapa yang membaca tulisan ini dan juga sesiapa yang disampaikan mesej ini.  Bahawa berbeza pendapat tidak boleh membawa kepada  melupai hak-hak menghormati orang tua, mendudukkan manusia pada tahapnya dan berlembut dengan para pemula . Kita dapati Imam  Syafie berbeza pandangan dengan Imam Malik. Ditulis satu kitab dan dinamakan “ Perbezaan Imam Malik dan Imam Shafie”. Dalam masa yang sama  beliau berkata: Apabila disebut ulama, maka Malik adalah bintangnya.

Abdullah bin al-Mubarak berbeza pendapat dengan ijtihad-ijtihad Abu Hanifah, tetapi apabila beliau mendengar seorang lelaki merendahkan Abu Hanifah, beliau menegur:

Wahai pendaki bukit yang tinggi untuk memperbaikinya,  #     Perbaikilah kepalamu, bukan perbaiki bukit itu
Imam Ahmad belajar dari syeikhnya Imam Shafie sangat banyak ilmu dan adab tetapi beliau berbeza pendapat dengan Imam Shafie dalam banyak ijtihadnya. Imam Ahmad juga berkata: Demi Allah, Aku tidak tidu malam selama tiga puluh tahun kecuali aku berdoa untuk Imam Shafie. Anakandanya bertanya: Saya mendengar ayahanda sangat banyak berdoa kepadanya, siapakah Shafie itu? Jawab Imam Ahmad: Wahai anakku, beliau adalah ibarat matahari kepada bumi dan penyembuh kepada manusia.  Imam Shafie pula mengetahui tahap muridnya, beliau berkata: aku telah meninggalkan Baghdad. Aku tidak tinggalkan di Baghdad itu seorang yang lebih warak, lebih alim dan lebih mendapat petunjuk berbanding Ahmad bin Hanbal. Kata Imam Shafie;

“Mereka berkata Ahmad menziarahimu dan engkau menziarahi dia, 
aku berkata: kemuliaan-kemuliaan itu tidak terpisah dari statusnya.
Jika dia menziarahiku, maka itu adalah dengan kelebihannya.
Atau Aku menziarahinya, maka itu adalah kerana kelebihannya.
Maka kelebihan pada kedua-dua keadaan itu adalah untuknya”.

Pernah Imam Ahmad berbicara tentang Ma’ruf al-kurkhi, tiba-tiba salah seorang dari kalangan mereka mengaibkan makruf dengan kurang ilmu. Lalu Imam Ahmad berkata:  Mengapa dengan Engkau ni ! Apakah yang dikehendaki dari ilmu itu selain apa yang dicapai oleh Makruf ? Bersama Makruf itu ada kepala ilmu, iaitu takut kepada Allah.

Inilah adab-adab mereka di dalam perbezaan pandangan.  Maka apakah ia merupakan hikayat-hikayat yang diceritakan dan dipalu untuk didengari dan dihiasi majlis-majlis kita. Ataukah ia  merupakah satu manhaj dalam perbezaan pandangan?  Mereka semua memahami maksud daripada nas-nas dan mereka mampu menghayati dan melaksanakannya. Hendaklah kita mengikuti jejak langkah mereka  kalaupun tidak sama seperti mereka supaya kita tidak menjadi dari kalangan orang yang pandai bercakap tetapi sangat buruk dalam amalan. Alangkah indahnya jika kita mampu menghidupkan nilai-nilai ini dan kita mengajar anak-anak kita adab berdialog dan berbeza pandangan, mengajar mereka mengenalpasti kebenaran maklumat,  akhbar, beriltizam dengan akhlak dalam mengkritik, jauh dari pengaruh hawanafsu agar mereka mampu mengkritik kesalahan dan  memperbetulkannya dalam batas-batas disiplin dan akhlak. Angkatlah slogan  (  PANDANGAN KITA BOLEH BERBEZA, TETAPI HATI KITA MESTI BERSATU )

Thursday, 24 November 2011

Pelaksanaan Tarbiyah

Terjemahan: Abu Aiman Rasyidi 
asastarbawi.blogspot.com

Tarbiyah adalah antara perkara thawabit terpenting dalam dakwah kita. Pekerjaan utama kita adalah membina saf yang memahami Islam yang syamil, saf yangberamal dengan apa yang difahami dan saf yang berdakwah mengajak masyarakat kepada Islam yang syamil itu. Oleh Islam merupakan risalah tarbiyah sebelum ia merupakan risalah tanzim dan tasyri’. Ia merupakan risalah nilai dan prinsip sebelum ia merupakan risalah jihad dan peperangan.

Makna yang paling mudah bagi “tarbiyah” ialah mengembangkan sesuatu sehingga mencapai darjat kesempurnaannya.  Boleh diringkaskan dengan hanya satu perkataan sahaja iaitu tarbiyah bermakna pengembangan.

Apabila kita bercakap fasa tarbiyah Islamiyah, maka skopnya adalah seluas skop Islam itu sendiri yang kita fahami bahawa Islam itu mencakupi seluruh aspek kehidupan. Dengan demikian tarbiyah Islamiyah itu mestilah mencakupi kesyumulan itu yang merangkumi seluruh urusan  dunia dan akhirat.

Paksi-paksi dalam tarbiyah itu ada berbagai, berasaskan kesyumulan Islam itu sendiri. Ketika kita berusaha mempertingkatkan keimanan peribadi-peribadi mutarabbi, kita boleh sebut itu sebagai “tarbiyah Imaniyah”. Ketika kita berusaha mempertingkatkan kualiti ibadat-ibadat fardhu dan sunat, kita boleh sebut sebagai “tarbiyah ibadiyah”. Begitulah seterusnya.. “tarbiyah da’awiyah”, “tarbiyah harakiyyah”, “tarbiyah Ijtima’iyah”, “tarbiyah siasiyah” dan sebagainya.

Sejauhmana kejayaan mencapai target tarbiyah itu, kita boleh ukur  dengan setakat mana peningkatan yang ingin dicapai pada setiap paksi-paksi tersebut dalam tempoh-tempoh tertentu sesuai dengan persepakatan. Kita ukur peningkatannya dengan indikator-indikatornya yang zahir. Contohnya, dalam tarbiyah imaniyah pada marhalah tertentu disyaratkan pada peribadi mutarabbi itu ialah beriman dengan qadha dan qadar Allah s.w.t dalam setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya, baik atau buruk. Seterusnya sampai kepada penyerahan mutlak kepada qadha dan qadar Allah dengan keredhaan sepenuhnya. Hendaklah yakin bahawa apa yang menimpanya itu adalah dari ketentuan Allah dan apa yang tidak ditentukan Allah tidak akan menimpanya. Yakin bahawa jika seluruh umat itu telah berkumpul untuk memberikan sesuatu manafaat kepadanya, tidak akan berlaku manafaat tersebut sedikitpun kecuali ia telah ditentukan oleh Allah azzawajalla. Begitu juga jika seluruh umat telah berkumpul untuk memberikan sesuatu mudharat kepadanya, tidak akan berlaku mudharat tersebut sedikitpun kecuali Allah s.w.t telah tentukannya. Kita yakin bahawa iman itu bertambah dengan amalan-amalan ketaatan dan akan berkurang dengan amalan-amalan maksiat dan boleh merujuk kepada amalan-amalan yang boleh menambahkan keimanan itu.

Tarbiyah ibadiyah ialah usaha-usaha mempertingkatkan kesempurnaan pelaksanaan ibadat-ibadat yang disepakati. Contohnya, ibadat solat dipertingkatkan daripada melaksanakannya pada waktunya secara berjamaah kepada solat berjamaah itu dilakukan di masjid dan pada jamaah yang pertama iaitu di awal waktu.  Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang apakah amal yang paling afdhal ?  Jawab Baginda: Solat dalam waktunya. Setelah itu diusahakan pula secara bersungguh-sungguh merealisasikan makna bahawa solat itu adalah hubungan ruhiyah antara hamba dan Rabnya. Bahawa tidak ada bagi seseorang itu kecuali apa yang dibuat secara faham dan sedar. Seterusnya diusahakan peningkatan sehingga kepada darjat mengabdikan diri seolah-olah dia melihat Allah. “Abdikan dirimu seolah engkau melihat Allah dan jika engkau tidak dapat melihat Allah ketahuilah bahawa Allah sentiasa melihat dirimu”.

Begitulah pada setiap paksi-paksi tarbiyah itu kita dapati ada permulaan dan ada pengakhiran atau pencapaiannya. Dalam pelaksanaan secara realiti kita dapati pada peringkat permulaan sangat senang untuk semua orang, namun untuk meningkat kepada darjat yang lebih sempurna itu bergantung kepada kesediaan setiap peribadi. Setiap orang ada peluang untuk meningkat dan ada batas pada kemampuan masing-masing. Dalam sepanjang perjalanan dakwah kita, peluang dan batas kemampuan ini mestilah diberikan perhatian kerana ia memberikan kesan pada amanah dan ketelitian dalam memilih para amilin. Tidak boleh meletakkan seseorang bukan pada tempatnya dan tidak boleh melantik seseorang memegang tanggungjawab kecuali jika dia layak ditempat itu.

Berbagai Uslub Tarbiyah Dalam Jamaah

Imam Hasan Al-Banna tidak membuat perkara baru dan pelik dalam dakwahnya. Beliau hanya memperbaharui apa yang telah diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w tetapi hampir-hampir dilupakan atau ditinggalkan oleh masyarakat setelah mereka meninggalkan al-Quran. 

Suka kita sebutkan di sini bahawa ciri-ciri dakwah Imam Al-Banna adalah ciri-ciri dakwah yang didatangkan oleh Baginda Nabi s.a.w. Itulah ciri-ciri unggul dakwah Islam dan tidak ada pada dakwah-dakwah yang lain.

Bertolak dari sinilah kita katakan bahawa pada kita ada dua jenis tarbiyah yang kedua-duanya saling memerlukan, iaitu “tarbiyah jama’iyah” dan “tarbiyah fardiyah”. Secara mudahnya  untuk difahami tarbiyah jama’iyah itu ialah tarbiyah dalam satu jamaah kecil atau besar. Manakala tarbiyah fardiyah pula ialah tarbiyah yang dilakukan secara peribadi oleh peribadi itu sendiri terhadap dirinya ataupun bersama murabbinya. 

Kepentingan Tarbiyah Jama’iyah jelas pada bahawa Islam itu datang sebagai satu manhaj kepada jamaah. Turunnya Al-Quran dalam memerintah, melarang dan mengarahkan jamaah dalam bahasa “Wahai orang-orang yang beriman..” lakukan oleh kalian  atau jangan lakukan. Inilah yang kita berusaha bersungguh-sungguh merealisasikannya dengan kewujudan peribadi di dalam satu usrah yang terdiri daripada beberapa orang, agar mereka dapat mu’ayasyah dan merealisasikan secara bersama-sama manhaj Islam berasaskan taujih-taujih tersebut. Dari semasa ke semasa bergaul dengan masyarakat sekeliling yang lebih luas dan lebih ramai, iaitulah jamaah. Setelah itu ummah yang disifatkan oleh Rasulullah sebagai tidak akan berhimpun di atas kesesatan. Dengan cara ini peribadi dapat menghidupkan suluk Islaminya dalam komunikasi, muamalah dan kehidupannya.

Sebenarnya banyak faedah dan juga peranan yang mesti diperolehi dari tarbiyah fardiyah untuk keperluan Jamaah dan kehidupan ini. Faedah dan peranan ini disempurnakan dengan dua uslub:

Pertama: Uslub Zaati dalam tarbiyah. Iaitu seseorang itu memandang ke dalam dirinya sendiri dan mengenalpasti apa kekurangannya, Lalu dia berusaha menampungnya dan apa yang mengaibkannya dia berusaha meninggalkannya. Firman Allah dalam surah As-Syams (7-10):
<§øÿtRur $tBur $yg1§qy ÇÐÈ   $ygyJolù;r'sù $yduqègéú $yg1uqø)s?ur ÇÑÈ   ôs% yxn=øùr& `tB $yg8©.y ÇÒÈ   ôs%ur z>%s{ `tB $yg9¢yŠ ÇÊÉÈ
Ertinya: Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; . Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).


Tarbiyah Zaatiyah adalah jalan memperbaiki diri, “hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab di hadapan Tuhan, timbanglah amal kalian sebelum kalian ditimbang dihadapan Tuhan”. Allah berfirman dalam surah al-Isra’, ayat 14:
4s"x. y7Å¡øÿuZÎ/ tPöquø9$# y7øn=tã $Y7ŠÅ¡ym ÇÊÍÈ  
14. (lalu Kami perintahkan kepadanya): …. cukuplah Engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang Segala Yang telah Engkau lakukan)".

Kedua: Uslub Murabbi bersama mutarabbi, dimana murabbi adalah penasihat yang amanah dengan pengalamannya di dalam  bermu’ayasyah  atau pandangannya yang telus kepada mutarabbi dalam program ziarah atau dalam liqa’ usrah yang diliputi suasana ukhuwwah dan kasih sayang.  Murabbi membimbing tangan mutarabbi ke jalan yang terpuji dan akhlak yang baik. Membantu diri mutarabbi dan menghindari syaitan. Namun bagaimana murabbi boleh melaksanakan kewajibannya seperti ini jika rukun-rukun usrah tidak tercapai ?  Rukun taaruf, tafahum dan takaful.  Murabbi hidup bersama anggota usrahnya dan anggota usrah juga hidup bersama-sama antara satu sama lain. Tarbiyah tidak mungkin terjadi tanpa mu’ayasyah, maksudnya satu suasana yang kita rasai dan kita hidup di dalamnya (mu’ayasyah).  Kita dapat kenalpasti pada anggota usrah kita sifat-sifat yang baik, lalu kita perkukuhkan dan kembangkannya.  Apabila kita dapati padanya sifat-sifat yang buruk, maka kita berusaha membuangnya.  Apa-apa sifat baru yang diperlukannya maka kita usaha dapatkannya. Tanpa mu’ayasyah tarbiyah menjadi sangat lemah untuk mencapai kesempurnaannya. Kadangkala cerita diluar tidak sama-sekali menggambarkan hakikat di dalamnya.

Selain faedah-faedah dan sifat yang boleh kita capai menerusi mu’ayasyah yang kita sebutkan diatas tadi, kita juga sangat perlu kepada beberapa perkara berikut:-

-        Memperdalamkan ta’aruf – ia merupakan pintu masuk yang sangat luas kepada perasaan kasih sayang dan juga ukhuwwah. Dengan ta’aruf ini dibuka peluang untuk membuka seluruh pintu-pintu kasih sayang di jalan Allah.
-        Memperdalamkan ikatan-ikatan ukhuwwah dan merealisasikan rukun Bai’ah yang ke sembilan.
-        Mewujudkan dataran yang luas dalam fikiran bersama sekalipun tidak sampai kepada penyatuan dan keserasian.
-        Mendapatkan kemampuan menjaga anggota dengan menjauhkan perkara-perkara yang tidak diredhai atau yang boleh memburukkan orang lain.
-        Memperdalamkan kethiqahan antara qiyadah dan jundiyah dan juga sebaliknya sebagai merealisasikan rukun Bai’ah yang kesepuluh.
-        Menghilangkan rasa takut atau sekatan dalam memberikan pandangan dalam apa sahaja perkara, kerana ia seringkali membawa kesan yang negatif.
-       
Semua yang dicatatkan diatas itu adalah merupakan faktor-faktor yang boleh membina dan memperkuatkan  wala’ seseorang. Dalam realiti tarbiyahnya, kita hendaklah mempastikan setiap anggota yang bersama-sama dengan kita melalui tempoh “takwin”. Iaitu satu marhalah yang sangat penting dalam kehidupan meletakkan asas dan persediaan kepada anggota untuk setelah itu mereka menjadi pendokong obor-obor hidayah, pimpinan dan juga penanggungjawab.

Pada marhalah ini (muntasib dan muntazim) mestilah:
  1. Bilangan anggota usrah tidak melebihi lima orang termasuk naqib.
  2. Tidak kurang tempohnya selama tiga tahun
  3. Naqib mestilah yang dithiqahi dan diterima oleh anggota usrah dan telah melalui manhaj naqib dengan jayanya.
  4. Kita wajib memberi ruang antara naqib dan anggota usrahnya. Kita tidak meminta apa-apa taklifpun kepadanya kecuali ia secara langsung berkaitan tarbiyah dan takwin dalam sama-sama melaksanakan wajibat asasiyah yang dituntut kepadanya. Ia tetap bersama naqibnya dan dibawah kelolaan naqibnya.
  5. Kita mesti pastikan dengan sungguh-sungguh supaya anggota-anggota usrah itu hidup dengan naqib mereka sehingga akhir marhalah takwin bersama-sama. Tidak dipisahkan dan tidak dibezakan antara mereka oleh apa-apa uslub amal atau cara pelaksanaan yang berlainan. Ia berlangsung di dalam pasukan kerja dan juga projek-projek.  Naqib adalah pengendali utama dalam proses tarbiyah, manakala para anggota dan usrah merupakan ladang-ladang tempat proses amal berlaku. Mana-mana pemisahan antara dua peribadi akan melemahkan proses tarbiyah.  Dengan kepincangan ini, boleh menyebabkan usrah hanya tinggal nama sahaja, tinggal bentuk sahaja tanpa isinya. Dengan keadaan ini wasilah bertukar menjadi hadaf.  Apa keadaan ini bertukar seperti ini, kita akan dapati mereka yang bertanggungjawab akan bertanya bilangan usrah tetapi tidak bertanya tentang mustawa anggota usrah, atau bertanya tentang bilangan liqa’ dan aktiviti tetapi tidak bertanya tentang kesan  pada pertumbuhan anggota dan pembentukan mereka.

Setiap liqa’ usrah dan setiap aktivitinya perlukan mutaba’ah sepanjang perjalanannya mahupun setelah selesai. Dengan demikian kita dapat pastikan ziarah-ziarah secara peribadi daripada naqib kepada para anggotanya dan dari para anggota kepada naqibnya.  Juga ziarah anggota usrah sesama mereka antara tempoh berlakunya liqa’-liqa’ usrah dan juga setelah setiap aktiviti.

Akhirnya.. Kita sangat memerlukan Qaedah Sulbah yang menjadi tiang-tiang seri kepada daulah Islam, menjadi pendokong-pendokong utama untuk mendiri dan memelihara daulah tersebut. Ini semua tidak akan terlaksana kecuali  dengan amal yang bersungguh-sungguh dari aspek tarbiyah, takwin dan persediaan.