Al-Faqir ilaihi Ta'ala: Abu Aiman
1. Ramai orang boleh sampai kepada kebenaran, tetapi tidak ramai yang boleh berterus terang dengan kebenaran, thabat di atas kebenaran serta bersabar menghadapi karenah di jalan kebenaran. Hanya mereka yang tidak ramai inilah sahaja yang mampu merubah perjalanan sejarah dan mentajdid realiti kehidupan Umat. (Adakah kita dari kalangan yang sedikit ini?)

2. Dakwah tidak akan berjaya jika “orang-orang dakwah” adalah pengikut hawanafsu dan memberikan waktu untuk dakwah hanya dari sisa-sisanya sahaja. Dakwah juga tidak akan berjaya jika hanya didokong oleh emosi dan semangat yang membuak-buak turun naiknya di dalam diri. Pada “orang-orang dakwah” yang ikhlas dan murni, dakwah itu adalah merupakan tekad dan keazaman terbesar hidupnya dan pekerjaan utama dan pertama dalam hidupnya. Semua urusan selain dakwah, adalah khidmat untuk dakwah dan tunduk di dalam saluran dakwah.
3. Seseorang manusia itu, bagaimana teruk dan terlampauinya dalam maksiat, masih ada dihatinya benih kebaikan. Kalau kita mampu menembusi benih kebaikan ini, kita belai dan tumbuhkan pasti ia akan berbuah dengan izin Allah s.w.t.
4. Berterus terang menjelaskan kesalahan bermaksud memberikan nasihat, membetulkan keaiban dengan penuh kasih sayang, belas kasihan dan simpati. Ia tidak bermaksud membongkar, melemparkan tuduhan-tuduhan untuk membersihkan diri dan membalas dendam, bukan mengekori kekurangan-kekurangan untuk merendahkan kedudukan seseorang atau menjatuhkannya. Antara dua situasi ini ada satu tali yang tinggi yang boleh dipegang hanya oleh mereka yang diberikan petunjuk oleh Allah kepada Nurul hikmah, kebersihan jiwa serta akhlak mulia yang sangat terpuji.
No comments:
Post a Comment