Terjemahan: Abu Aiman Rasyidi
asastarbawi.blogspot.com
Tarbiyah adalah antara perkara thawabit terpenting dalam dakwah kita. Pekerjaan utama kita adalah membina saf yang memahami Islam yang syamil, saf yangberamal dengan apa yang difahami dan saf yang berdakwah mengajak masyarakat kepada Islam yang syamil itu. Oleh Islam merupakan risalah tarbiyah sebelum ia merupakan risalah tanzim dan tasyri’. Ia merupakan risalah nilai dan prinsip sebelum ia merupakan risalah jihad dan peperangan.
Makna yang paling mudah bagi “tarbiyah” ialah mengembangkan sesuatu sehingga mencapai darjat kesempurnaannya. Boleh diringkaskan dengan hanya satu perkataan sahaja iaitu tarbiyah bermakna pengembangan.
Apabila kita bercakap fasa tarbiyah Islamiyah, maka skopnya adalah seluas skop Islam itu sendiri yang kita fahami bahawa Islam itu mencakupi seluruh aspek kehidupan. Dengan demikian tarbiyah Islamiyah itu mestilah mencakupi kesyumulan itu yang merangkumi seluruh urusan dunia dan akhirat.
Paksi-paksi dalam tarbiyah itu ada berbagai, berasaskan kesyumulan Islam itu sendiri. Ketika kita berusaha mempertingkatkan keimanan peribadi-peribadi mutarabbi, kita boleh sebut itu sebagai “tarbiyah Imaniyah”. Ketika kita berusaha mempertingkatkan kualiti ibadat-ibadat fardhu dan sunat, kita boleh sebut sebagai “tarbiyah ibadiyah”. Begitulah seterusnya.. “tarbiyah da’awiyah”, “tarbiyah harakiyyah”, “tarbiyah Ijtima’iyah”, “tarbiyah siasiyah” dan sebagainya.
Sejauhmana kejayaan mencapai target tarbiyah itu, kita boleh ukur dengan setakat mana peningkatan yang ingin dicapai pada setiap paksi-paksi tersebut dalam tempoh-tempoh tertentu sesuai dengan persepakatan. Kita ukur peningkatannya dengan indikator-indikatornya yang zahir. Contohnya, dalam tarbiyah imaniyah pada marhalah tertentu disyaratkan pada peribadi mutarabbi itu ialah beriman dengan qadha dan qadar Allah s.w.t dalam setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya, baik atau buruk. Seterusnya sampai kepada penyerahan mutlak kepada qadha dan qadar Allah dengan keredhaan sepenuhnya. Hendaklah yakin bahawa apa yang menimpanya itu adalah dari ketentuan Allah dan apa yang tidak ditentukan Allah tidak akan menimpanya. Yakin bahawa jika seluruh umat itu telah berkumpul untuk memberikan sesuatu manafaat kepadanya, tidak akan berlaku manafaat tersebut sedikitpun kecuali ia telah ditentukan oleh Allah azzawajalla. Begitu juga jika seluruh umat telah berkumpul untuk memberikan sesuatu mudharat kepadanya, tidak akan berlaku mudharat tersebut sedikitpun kecuali Allah s.w.t telah tentukannya. Kita yakin bahawa iman itu bertambah dengan amalan-amalan ketaatan dan akan berkurang dengan amalan-amalan maksiat dan boleh merujuk kepada amalan-amalan yang boleh menambahkan keimanan itu.
Tarbiyah ibadiyah ialah usaha-usaha mempertingkatkan kesempurnaan pelaksanaan ibadat-ibadat yang disepakati. Contohnya, ibadat solat dipertingkatkan daripada melaksanakannya pada waktunya secara berjamaah kepada solat berjamaah itu dilakukan di masjid dan pada jamaah yang pertama iaitu di awal waktu. Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang apakah amal yang paling afdhal ? Jawab Baginda: Solat dalam waktunya. Setelah itu diusahakan pula secara bersungguh-sungguh merealisasikan makna bahawa solat itu adalah hubungan ruhiyah antara hamba dan Rabnya. Bahawa tidak ada bagi seseorang itu kecuali apa yang dibuat secara faham dan sedar. Seterusnya diusahakan peningkatan sehingga kepada darjat mengabdikan diri seolah-olah dia melihat Allah. “Abdikan dirimu seolah engkau melihat Allah dan jika engkau tidak dapat melihat Allah ketahuilah bahawa Allah sentiasa melihat dirimu”.
Begitulah pada setiap paksi-paksi tarbiyah itu kita dapati ada permulaan dan ada pengakhiran atau pencapaiannya. Dalam pelaksanaan secara realiti kita dapati pada peringkat permulaan sangat senang untuk semua orang, namun untuk meningkat kepada darjat yang lebih sempurna itu bergantung kepada kesediaan setiap peribadi. Setiap orang ada peluang untuk meningkat dan ada batas pada kemampuan masing-masing. Dalam sepanjang perjalanan dakwah kita, peluang dan batas kemampuan ini mestilah diberikan perhatian kerana ia memberikan kesan pada amanah dan ketelitian dalam memilih para amilin. Tidak boleh meletakkan seseorang bukan pada tempatnya dan tidak boleh melantik seseorang memegang tanggungjawab kecuali jika dia layak ditempat itu.
Berbagai Uslub Tarbiyah Dalam Jamaah
Imam Hasan Al-Banna tidak membuat perkara baru dan pelik dalam dakwahnya. Beliau hanya memperbaharui apa yang telah diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w tetapi hampir-hampir dilupakan atau ditinggalkan oleh masyarakat setelah mereka meninggalkan al-Quran.
Suka kita sebutkan di sini bahawa ciri-ciri dakwah Imam Al-Banna adalah ciri-ciri dakwah yang didatangkan oleh Baginda Nabi s.a.w. Itulah ciri-ciri unggul dakwah Islam dan tidak ada pada dakwah-dakwah yang lain.
Bertolak dari sinilah kita katakan bahawa pada kita ada dua jenis tarbiyah yang kedua-duanya saling memerlukan, iaitu “tarbiyah jama’iyah” dan “tarbiyah fardiyah”. Secara mudahnya untuk difahami tarbiyah jama’iyah itu ialah tarbiyah dalam satu jamaah kecil atau besar. Manakala tarbiyah fardiyah pula ialah tarbiyah yang dilakukan secara peribadi oleh peribadi itu sendiri terhadap dirinya ataupun bersama murabbinya.
Kepentingan Tarbiyah Jama’iyah jelas pada bahawa Islam itu datang sebagai satu manhaj kepada jamaah. Turunnya Al-Quran dalam memerintah, melarang dan mengarahkan jamaah dalam bahasa “Wahai orang-orang yang beriman..” lakukan oleh kalian atau jangan lakukan. Inilah yang kita berusaha bersungguh-sungguh merealisasikannya dengan kewujudan peribadi di dalam satu usrah yang terdiri daripada beberapa orang, agar mereka dapat mu’ayasyah dan merealisasikan secara bersama-sama manhaj Islam berasaskan taujih-taujih tersebut. Dari semasa ke semasa bergaul dengan masyarakat sekeliling yang lebih luas dan lebih ramai, iaitulah jamaah. Setelah itu ummah yang disifatkan oleh Rasulullah sebagai tidak akan berhimpun di atas kesesatan. Dengan cara ini peribadi dapat menghidupkan suluk Islaminya dalam komunikasi, muamalah dan kehidupannya.
Sebenarnya banyak faedah dan juga peranan yang mesti diperolehi dari tarbiyah fardiyah untuk keperluan Jamaah dan kehidupan ini. Faedah dan peranan ini disempurnakan dengan dua uslub:
Pertama: Uslub Zaati dalam tarbiyah. Iaitu seseorang itu memandang ke dalam dirinya sendiri dan mengenalpasti apa kekurangannya, Lalu dia berusaha menampungnya dan apa yang mengaibkannya dia berusaha meninggalkannya. Firman Allah dalam surah As-Syams (7-10):
<§øÿtRur $tBur $yg1§qy ÇÐÈ $ygyJolù;r'sù $yduqègéú $yg1uqø)s?ur ÇÑÈ ôs% yxn=øùr& `tB $yg8©.y ÇÒÈ ôs%ur z>%s{ `tB $yg9¢y ÇÊÉÈ
Ertinya: Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; . Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Tarbiyah Zaatiyah adalah jalan memperbaiki diri, “hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab di hadapan Tuhan, timbanglah amal kalian sebelum kalian ditimbang dihadapan Tuhan”. Allah berfirman dalam surah al-Isra’, ayat 14:
4s"x. y7Å¡øÿuZÎ/ tPöquø9$# y7øn=tã $Y7Å¡ym ÇÊÍÈ
14. (lalu Kami perintahkan kepadanya): …. cukuplah Engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang Segala Yang telah Engkau lakukan)".
Kedua: Uslub Murabbi bersama mutarabbi, dimana murabbi adalah penasihat yang amanah dengan pengalamannya di dalam bermu’ayasyah atau pandangannya yang telus kepada mutarabbi dalam program ziarah atau dalam liqa’ usrah yang diliputi suasana ukhuwwah dan kasih sayang. Murabbi membimbing tangan mutarabbi ke jalan yang terpuji dan akhlak yang baik. Membantu diri mutarabbi dan menghindari syaitan. Namun bagaimana murabbi boleh melaksanakan kewajibannya seperti ini jika rukun-rukun usrah tidak tercapai ? Rukun taaruf, tafahum dan takaful. Murabbi hidup bersama anggota usrahnya dan anggota usrah juga hidup bersama-sama antara satu sama lain. Tarbiyah tidak mungkin terjadi tanpa mu’ayasyah, maksudnya satu suasana yang kita rasai dan kita hidup di dalamnya (mu’ayasyah). Kita dapat kenalpasti pada anggota usrah kita sifat-sifat yang baik, lalu kita perkukuhkan dan kembangkannya. Apabila kita dapati padanya sifat-sifat yang buruk, maka kita berusaha membuangnya. Apa-apa sifat baru yang diperlukannya maka kita usaha dapatkannya. Tanpa mu’ayasyah tarbiyah menjadi sangat lemah untuk mencapai kesempurnaannya. Kadangkala cerita diluar tidak sama-sekali menggambarkan hakikat di dalamnya.
Selain faedah-faedah dan sifat yang boleh kita capai menerusi mu’ayasyah yang kita sebutkan diatas tadi, kita juga sangat perlu kepada beberapa perkara berikut:-
- Memperdalamkan ta’aruf – ia merupakan pintu masuk yang sangat luas kepada perasaan kasih sayang dan juga ukhuwwah. Dengan ta’aruf ini dibuka peluang untuk membuka seluruh pintu-pintu kasih sayang di jalan Allah.
- Memperdalamkan ikatan-ikatan ukhuwwah dan merealisasikan rukun Bai’ah yang ke sembilan.
- Mewujudkan dataran yang luas dalam fikiran bersama sekalipun tidak sampai kepada penyatuan dan keserasian.
- Mendapatkan kemampuan menjaga anggota dengan menjauhkan perkara-perkara yang tidak diredhai atau yang boleh memburukkan orang lain.
- Memperdalamkan kethiqahan antara qiyadah dan jundiyah dan juga sebaliknya sebagai merealisasikan rukun Bai’ah yang kesepuluh.
- Menghilangkan rasa takut atau sekatan dalam memberikan pandangan dalam apa sahaja perkara, kerana ia seringkali membawa kesan yang negatif.
-
Semua yang dicatatkan diatas itu adalah merupakan faktor-faktor yang boleh membina dan memperkuatkan wala’ seseorang. Dalam realiti tarbiyahnya, kita hendaklah mempastikan setiap anggota yang bersama-sama dengan kita melalui tempoh “takwin”. Iaitu satu marhalah yang sangat penting dalam kehidupan meletakkan asas dan persediaan kepada anggota untuk setelah itu mereka menjadi pendokong obor-obor hidayah, pimpinan dan juga penanggungjawab.
Pada marhalah ini (muntasib dan muntazim) mestilah:
- Bilangan anggota usrah tidak melebihi lima orang termasuk naqib.
- Tidak kurang tempohnya selama tiga tahun
- Naqib mestilah yang dithiqahi dan diterima oleh anggota usrah dan telah melalui manhaj naqib dengan jayanya.
- Kita wajib memberi ruang antara naqib dan anggota usrahnya. Kita tidak meminta apa-apa taklifpun kepadanya kecuali ia secara langsung berkaitan tarbiyah dan takwin dalam sama-sama melaksanakan wajibat asasiyah yang dituntut kepadanya. Ia tetap bersama naqibnya dan dibawah kelolaan naqibnya.
- Kita mesti pastikan dengan sungguh-sungguh supaya anggota-anggota usrah itu hidup dengan naqib mereka sehingga akhir marhalah takwin bersama-sama. Tidak dipisahkan dan tidak dibezakan antara mereka oleh apa-apa uslub amal atau cara pelaksanaan yang berlainan. Ia berlangsung di dalam pasukan kerja dan juga projek-projek. Naqib adalah pengendali utama dalam proses tarbiyah, manakala para anggota dan usrah merupakan ladang-ladang tempat proses amal berlaku. Mana-mana pemisahan antara dua peribadi akan melemahkan proses tarbiyah. Dengan kepincangan ini, boleh menyebabkan usrah hanya tinggal nama sahaja, tinggal bentuk sahaja tanpa isinya. Dengan keadaan ini wasilah bertukar menjadi hadaf. Apa keadaan ini bertukar seperti ini, kita akan dapati mereka yang bertanggungjawab akan bertanya bilangan usrah tetapi tidak bertanya tentang mustawa anggota usrah, atau bertanya tentang bilangan liqa’ dan aktiviti tetapi tidak bertanya tentang kesan pada pertumbuhan anggota dan pembentukan mereka.
Setiap liqa’ usrah dan setiap aktivitinya perlukan mutaba’ah sepanjang perjalanannya mahupun setelah selesai. Dengan demikian kita dapat pastikan ziarah-ziarah secara peribadi daripada naqib kepada para anggotanya dan dari para anggota kepada naqibnya. Juga ziarah anggota usrah sesama mereka antara tempoh berlakunya liqa’-liqa’ usrah dan juga setelah setiap aktiviti.
Akhirnya.. Kita sangat memerlukan Qaedah Sulbah yang menjadi tiang-tiang seri kepada daulah Islam, menjadi pendokong-pendokong utama untuk mendiri dan memelihara daulah tersebut. Ini semua tidak akan terlaksana kecuali dengan amal yang bersungguh-sungguh dari aspek tarbiyah, takwin dan persediaan.