Monday, 23 January 2012

Speaker Baru Parlimen Mesir

Dr. Mohamad Saad Al-Katatni
Speaker Baru Parlimen Mesir
Asastarbawi: 23 Jan 2012

Dr. Mahmoud Saqa, pengerusi sementara Majlis Parlimen mengisytiharkan  kemenangan Dr. Mohamad Saad Al-Katatni sebagai Speaker Majlis Parlimen Mesir dengan majoriti  setelah memperolehi 399 undi.

Kata Saqa: Keputusan Komiti Khas  yang mengelolakan pemilihan Speaker Majlis Parlimen adalah seperti  berikut: Bilangan mereka yang mengundi ialah seramai 503 perwakilan. 496 undi  diterima . 7 undi rosak.  Calon kedua, Esham Sultan mendapat 87 undi dan calon ketiga Yusuf Badri mendapat 10 undi.

Suasana diraikan penuh kegembiraan dan tepukan dari semua perwakilan.  Dr. Saqa memberikan ucapan tahniah kepada Al-Katatni dari pihak dirinya sendiri, seluruh perwakilan dan seluruh rakyat Mesir.  Diikuti oleh Esham Sultan yang segera memeluk Dr. Al-Katatni sebaik diisytiharkan sebagai pemenang dan memberikan ucapan tahniah.

Dr. Al-Katatni naik ke pentas untuk menerima  amanah sebagai Speaker Majlis Parlimen dari Dr. Saqa.  Dr. Saqa meminta izin dari Dr. Al-Katatni  untuk menyampaikan  ucapan  penegasan bahawa demokrasi telah kembali ke negara kita, merpati kebebasan telah mengungguli tempat ini dan menyampaikan wasiat kepada Speaker majlis Parlimen supaya meraikan darah-darah syuhada yang tumpah dalam revolusi 25 Januari 2011.

Saturday, 21 January 2012

Hasil Pilihanraya Mesir 2011/2012

KEDUDUKAN TERAKHIR KERUSI PARLIMEN MESIR
BAGI PILIHANRAYA 2011/2012

Keseluruhan Jumlah Kerusi     = 498 kerusi
(Atas nama Parti 2/3 kerusi = 332)
(Atas nama peribadi 1/3 kerusi= 166)



Parti
Sistem
Parti
Sistem
peribadi
Jumlah
%
1
Parti Kebebasan dan Keadilan
حزب الحرية والعدالة


127

108

235

47.1
2
Parti an-Nur
حزب النور


96

27

123

24.6
3
Parti Wafdu Jadid
حزب الفد الجديد


36

2

38

7.6
4
Parti Gabungan Kutlah Misriyah
حزب ائتلاف الكتلة المصرية

33

1

34

6.8
5
Parti Wasat Baru
حزب الوسط الجديد


10


10

2.0
6
Parti Ishlah wa Tanmiyah
حزب الإصلاح والتنمية



8

1

9

1.8
7
Parti Gabungan Thaurah Mustamirrah
حزب تحالف الثورة المستمرة

7


7

1.4
8
Parti Hurriyah
حزب الحرية


4


4

0.8
9
Parti Misr al-Qaumiy
حزب المصري القومي


4

1

5

1.0
10
Parti Rakyat Mesir
حزب المواطن المصري


3



1

4

0.8
11

Parti Kesatuan

حزب الإتحاد

2


2

0.4
12

Parti Kesejahteraan Demokrasi
حزب السلام الديمقراطي


1


1

0.2
13

Parti Kesatuan Arab Mesir
حزب الاتحاد المصري العرب


1


1

0.2
14
Parti Muhafizin
حزب المحافظين


1
1
0.2
15
Parti Adil
حزب العدل


1
1
0.2

Calon Persendirian

23
23
4.6
J U M L A H
332

166
498
100


  • 21 parti telah dikeluarkan dari pertandingan kerana gagal memperolehi 0.05% suara atau 1392 undi pada skala nasional yang menjadi syarat wajib untuk diwakili diparlimen.
  • 23 wakil Parlimen bebas
Komentar:
  1. Kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan adalah anugerah Allah setelah membuktikan iltizam kepada perjuangan melebihi 80 tahun.
  2. Thabat perjuangan jamaah didokong oleh thabatnya usrah. Manakala thabat usrah didokong thabatnya peribadi dalam menghayati perjuangan.
  3. Kemenangan setelah 80 tahun itu bermula dari tarbiyyah yang mantap

 Analisa oleh : UKG ( http://asastarbawi.blogspot.com/ )

Friday, 13 January 2012

Beberapa Catatan di Perjalanan

Al-Faqir ilaihi Ta'ala: Abu Aiman

1.  Ramai orang boleh sampai kepada kebenaran, tetapi tidak ramai yang boleh berterus terang dengan kebenaran, thabat di atas kebenaran serta bersabar menghadapi karenah di jalan kebenaran. Hanya mereka yang tidak ramai inilah sahaja yang mampu merubah perjalanan sejarah dan mentajdid realiti kehidupan Umat. (Adakah kita dari kalangan yang sedikit ini?)

2.  Dakwah tidak akan berjaya jika “orang-orang dakwah” adalah pengikut hawanafsu dan memberikan waktu untuk dakwah hanya dari sisa-sisanya sahaja. Dakwah juga tidak akan berjaya jika hanya didokong oleh emosi dan semangat yang membuak-buak turun naiknya di dalam diri. Pada “orang-orang dakwah” yang ikhlas dan murni, dakwah itu adalah merupakan tekad dan keazaman terbesar hidupnya dan pekerjaan utama dan pertama dalam hidupnya. Semua urusan selain dakwah, adalah khidmat untuk dakwah dan tunduk di dalam saluran dakwah.

3.  Seseorang manusia itu, bagaimana teruk dan terlampauinya dalam maksiat, masih ada dihatinya benih kebaikan. Kalau kita mampu menembusi benih kebaikan ini, kita belai dan tumbuhkan pasti ia akan berbuah dengan izin Allah s.w.t.

4.  Berterus terang menjelaskan kesalahan bermaksud memberikan nasihat, membetulkan keaiban dengan penuh kasih sayang, belas kasihan dan simpati. Ia tidak bermaksud membongkar, melemparkan tuduhan-tuduhan untuk membersihkan diri dan membalas dendam, bukan mengekori kekurangan-kekurangan untuk merendahkan kedudukan seseorang atau menjatuhkannya. Antara dua situasi ini ada satu tali yang tinggi yang boleh dipegang hanya oleh mereka yang diberikan petunjuk oleh Allah kepada Nurul hikmah, kebersihan jiwa serta akhlak mulia yang sangat terpuji.