IKHWAN MUSLIMIN ITU AMAL YANG BERTERUSAN
الإخوان المسلمون عمل متواصل
Sesungguhnya Muhammad bin Abdullah s.a.w telah menang pada hari fikrah Islam berubah menjadi sebuah ketinggian. Hari baginda mengubah iman mereka terhadap Islam menjadi amalan, hari dicetak mashaf itu berpuluh-puluh, beratus bahkan beribu-beribu tetapi bukan dengan dakwat di atas helaian kertas. Ia adalah cetakan dengan cahaya di atas lembaran-lembaran hati yang kemudiannya dilepaskan agar berinteraksi dengan manusia. Hati-hati yang mengambil dan memberi dari manusia. Hati-hati yang berkata, berbuat dan beramal apa itu Islam yang dibawa oleh Muhammad bin Abdullah s.a.w daripada Allah s.w.t.
Dengan ungkapan-ungkapan seperti inilah Syahidul Quran, Ustaz Syed Qutb menggambarkan agama ini, bagaimana Muhammad s.a.w mendirikannya di dalam realiti umat. Kata Ustaz Syed: “Sesungguhnya Muhammad bin Abdullah s.a.w telah menang pada hari Baginda s.a.w menjadikan sahabat-sahabatnya sebuah gambaran yang hidup terhadap keimanannya, memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Hari tersibghahnya setiap mereka sebagai sebuah Quran yang hidup berjalan di atas permukaan bumi. Hari terhasilnya setiap peribadi menjadi contoh fizikal terhadap Islam. Manusia memandangnya, maka terlihat gambaran Islam”. Ustaz Syed menegaskan bahawa berdiri dan menangnya Islam tidak berlaku kecuali menerusi tarbiyah amaliyah maidaniyah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabatnya. Tarbiyah yang telah menghasilkan Rijal Rabbaniyin Quraniyyin. Ustaz Syed menegaskan satu hakikat yang lain tambahan kepada yang diatas bahawa teks-teks semata tidak mampu mencipta apa-apa, Quran semata-mata tidak berfungsi sehinggalah ia bertukar menjadi orang, prinsip-prinsip semata-mata tidak boleh hidup kecuali apabila ia bertukar menjadi tingkah laku”. Mana-mana dakwah tidak akan berjaya kecuali apabila ia dijiwai oleh para pendakwah di dalam berbagai sikap secara amali, suluki dan akhlaqi jauh dari daerah kalam ilmu teori.
DAKWAH SEMENJAK DULU
دعوة ماضية
Semenjak 80 tahun yang lalu Dakwah Ikhwan berdiri dan berjalan di atas landasan yang dibina oleh Rasulullah s.a.w, berusaha demi mengembalikan umat ini ke zaman awalnya, zaman kegemilangannya. Dengan menghidupkan kembali khilafah Islamiyah yang telah mati, dengan membangkitkan semula agama ini ke seluruh pelusuk dunia, merealisasikan ustaziyyatul ‘alam. Bertolak dari firman Allah:
﴿وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ﴾ (البقرة: من الآية 143)
Ertinya:
Ikhwan memahami bahawa matlamat dan objektif berdirinya dakwah ini tidak akan berpijak dibumi nyata dan tidak akan terlaksana kecuali apabila anak-anak dakwah ini mengambil urusan dakwah ini dengan bersungguh-sungguh sebagai menghayati firman Allah:
﴿خُذُوا مَا آتَيْنَاكُمْ بِقُوَّةٍ﴾ (البقرة: من الآية 63)
Ertinya:Ambillah oleh kalian apa yang telah kami berikan kepada kalian dengan kekuatan.
Anak-anak dakwah ini mestilah memikul mas’uliyah dakwah ini dengan bersungguh-sungguh dan penuh keazaman. Ikhwan merasakan bahawa untuk merealisasikan prinsip, matlamat dan objektif tersebut tidak akan berlaku kecuali menerusi pelaksanaan secara amali terhadap Islam sebagaimana didatangkan oleh Rasulullah s.a.w. Untuk merealisasikan semua perkara itu memerlukan kepada satu kemahuan yang sangat kuat dan keazaman yang jujur.
Maka dengan kebesaran jiwa dan ketinggian semangat inilah ikhwan bertolak menyampaikan dakwah Allah azzawajalla, bersambung malam dengan siang penuh dengan amal-amal, pengorbanan, gerakan dan kesertaan. Memindahkan umat dari medan bercakap dan berkhutbah kepada medan amal yang berterusan. Dari medan meletakkan perancangan dan manhaj ke medan pelaksanaan dan perealisasian.
Imam Al-Banna mentaujih bahtera dakwah ini dengan ungkapannya: “orang yang bercakap tidak sama dengan orang yang beramal, orang yang beramal tidak sama dengan orang yang berjihad, orang yang berjihad sahaja tidak sama dengan orang yang berjihad secara produktif dan bijaksana yang membawa keuntungan lebih besar dengan pengorbanan yang sedikit”. Dengan demikian menjadikan ciri-ciri Ikhwan itu ialah amal-amal yang bersungguh-sungguh dan produktif. Banyaknya musuh dan dominasi kuasa jahat sedikitpun tidak dapat menundukkan mereka dari kewajiban dan dakwah mereka.
TARBIYAH YANG BERBUAH
Imam Al-Banna telah berusaha bersama-sama ikhwan untuk berjalan di atas landasan Nabi s.a.w dalam mentarbiyah rijal. Hadaf dakwah yang pertama ialah membina rijal bukan menyampaikan peringatan-peringatan. Membentuk dhamir bukan menyampaikan khutbah. Membina umat bukan membangun falsafah. Menukarkan semata-mata fikrah menjadi orang-orang yang boleh disentuh dengan tangan dan dipandang oleh mata. Ciri-ciri dakwah yang melekat pada para pendokong dakwah ini ialah kerja berterusan tanpa henti sebagai ungkapan Imam Al-Banna: “ Kami telah bersedia untuk itu dengan keimanan yang tidak pernah berganjak, dengan amalan tanpa henti, dengan kethiqahan yang tidak pernah surut terhadap Allah, dengan ruh-ruh yang sangat gembira dengan hari-hari bertemu Allah dalam keadaan syahid dijalan-Nya”.
"وقد أعددنا لذلك إيمانًا لا يتزعزع، وعملاً لا يتوقف، وثقةً بالله لا تضعف، وأرواحًا أسعد أيامها يوم تلقى الله شهيدةً في سبيله"
Dakwah Ikhwan Muslimin telah mentarbiyah peribadi-peribadi anggotanya diatas manhaj Rasulullah s.a.w sehingga menjadikan mereka peribadi yang tidak melalaikan perkara-perkara fardhu, tidak mencerobohi kehormatannya, tidak berani terhadap maksiat, tidak cuai dalam pengabdian, tidak melampau dalam berzuhud, tidak menzalimi dunia mereka atas hitungan akhirat, mereka berpuasa dan berbuka, mereka qiamullail dan beriadah, mereka bergurau dan serius, mereka berjihad dan mereka juga bersantai dengan rakan-rakan dan ahli keluarga, mereka bekerja untuk akhirat, mereka tidak lupa bahagian di dunia dalam pengambilan yang sempurna terhadap agama dan hubungan amali yang luas dalam setiap aspek kehidupan.
Dakwah Ikhwan Muslimin mentarbiyah para anggotanya di atas maidatul Quran agar setiap anggota ikhwan itu menjadi al-Quran yang berjalan dikalangan manusia. Mereka menjadikan kitabullah sebagai wirid-wirid pertama mereka. Antara janji mereka ialah seorang akh itu menyusun untuk dirinya paling minima tilawah satu juzuk al-Quran setiap hari. Interaksi mereka dengan al-Quran adalah sebagai taklimat-taklimat yang dihafaz dan sebagai pengarahan-pengarahan yang dilaksanakan. Tarbiyah ikhwan muncul dalam tingkahlaku dan akhlak, menghayati ungkapan Abdullah ibnu Mas’ud r.a: “Sepatutnya pembawa al-Quran dikenali dengan malamnya ketika manusia tidur, dengan siangnya ketika manusia berbuka, dengan kesedihannya ketika manusia bergembira, dengan tangisannya ketika manusia ketawa,
قول سيدنا عبد الله بن مسعود رضي الله عنه: "ينبغي لحامل القرآن أن يُعْرَف بليله إذا الناس نائمون، وبنهارِه إذا الناس يفطرون، وبِحُزْنِه إذا الناس يفرحون، وببكائِه إذا الناس يضحكون، وبصمْته إذا الناس يخلطون، وبخشوعه إذا الناس يخْتالون، وينبغي لحاملِ القرآنِ أن يكونَ باكيًا محزونًا حكيمًا حليمًا عليمًا سِكِّيتًا، وينبغي لحاملِ القرآنِ أن لا يكونَ جافيًا ولا غافلاً ولا صخَّابًا ولا صيَّاحًا ولا حَدِيدًا"
Mereka adalah orang yang suka berpuasa disiang hari dan qiam di malam hari, mereka adalah penjelmaan amali kepada setiap nilai dan akhlak yang dibawa oleh al-Quran.
Dakwah Ikhwan Muslimin mendidik para anggotanya dengan makarimil akhlak yang menjadi asas kepada dakwah mereka. Bersandarkan kepada firman Allah s.w.t:
،﴿وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا (7) فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (8) قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (9) وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا (10)﴾ (الشمس)،
Akhlak akhil Muslim itu mengukuh dalam aspek-aspek amalinya. Benar tidak dusta, menyempurnakan janji tidak menipu dan menyalahi, bijaksana tidak cepat marah, tidak jelik dalam perkataannya, pemalu tidak lantang dengan keburukan, tidak berterusan dalam kemungkaran, berani mengungkapkan kebenaran, tidak takut celaan dalam mengungkapkan kebenaran, suci diri meletakkan kemuliaannya mengatasi seluruh matlamat dan tujuan yang sementara, mampu menilai kebaikan dan mampu menimbang kejahatan, mengambil yang terbaik dari segala sesuatu, mampu memaafkan dan berjabat tangan, mampu menyekat keburukan dengan kebaikan kecuali apabila kehormatan Allah dicerobohi, tidak bertindak berasaskan kemarahannya… dsb.
Begitulah Ikhwan Muslimin menanam prinsip-prinsip dakwah ini kepada para anggotanya menerusi amal berterusan tanpa henti bersambungan malam dengan siangnya.
Dakwah Ikhwan mentarbiyah anggotanya bahawa mereka adalah pengambil upah disisi Allah, dimana dan bagaimana Dakwah inginkan mereka bekerja. Mereka bekerja dan mendapat upah yang tertentu, bukan urusan mereka menghalakan dakwah ini kepada satu kesudahan kerana itu adalah urusan Pemilik dakwah bukan urusan pengambil upah”. Mereka sangat merasai bahawa Allah menghitung mereka diatas amal-amal dan niat mereka bukan di atas natijah-natijah yang diperolehi. Firman Allah:
﴿وَقُلْ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ﴾ (التوبة: من الآية 105)
Mereka memahami bahawa mereka dituntut beramal untuk agama Allah dan ganjaran untuk mereka adalah dari Allah. Mereka sangat memahami bahawa tidak ada kejayaan untuk dakwah mereka jika memberikan sisa-sisa waktu mereka. Mereka sangat memahami bahawa Islam hari ini bukan memerlukan terlalu banyak kajian, timbunan ilmu dan thaqafah sebagaimana perlunya ia kepada para pendakwah amilin yang betul-betul menghayati dan bersejiwa dengan Islam dalam realiti kehidupan mereka. Tanpa jemu lantaran panjangnya perjalanan, atau terlewatnya kemenangan atau jauhnya fajar menyinsing.
Kata Imam Al-Banna:
"أيها الإخوان المسلمون اسمعوها مني كلمة عالية داوية من فوق هذا المنبر: إن طريقكم هذا مرسومة خطواته موضوعة حدوده. ولست مخالفًا هذه الحدود التي اقتنعت كل الاقتناع بأنها أسلم طريق للوصول، أجل قد تكون طريقًا طويلةً ولكن ليس هناك غيرها. إنما تظهر الرجولة بالصبر والمثابرة والجد والعمل الدائب..".
“Wahai Ikhwan Muslimin sekelian, dengarlah dariku ungkapan yang tinggi dari atas mimbar ini, bahawa: Jalan kalian ini langkah-langkahnya telah digariskan dan sempadan-sempadannya pun telah diletakkan. Aku tidak menyalahi batasan-batasan yang aku sangat yakin ini bahawa ia adalah jalan paling selamat untuk sampai. Benar, mungkin jalan ini panjang tetapi tidak ada lagi yang lain selainnya. Tampak ketokohan itu dengan kesabaran, bertahan, kesungguhan dan amal yang berterusan”.
Ikhwan mentarbiyah para anggotanya menjadi peribadi yang mengumpul seluruh kebaikan dari semua aspek, bersandarkan firman Allah s.w.t:
﴿ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾ (الحج: من الآية 77)
Mereka menjadi orang yang bekerja dalam setiap medan yang mereka masuki. Apa ada seruan jihad mereka adalah kuda-kuda dimedan, tentera kebenaran, bergadai jiwa. Apabila mereka memasuki medan politik, merekalah manusia yang paling nampak masolih dan mafasid. Mereka yang paling arif dengan siasah syariyah. Mereka yang paling banyak menunaikan keperluan masyarakat. Apabila berinteraksi dengan masyarakat dalam perniagaan, merekalah manusia paling jujur dan amanah. Apabila bersama keluarga, jiran tetangga dan masyarakat mereka bergaul dengan mereka secara sempurna tanpa mengabaikan thawabit dalam agama. Mereka dalam amal tanpa henti bersama masyarakat dalam berbuat baik kepada ibubapa, silaturrahim, memuliakan tetamu dan jiran, merawat pesakit, mengiringi jenazah, menyahut undangan, membantu yang dizalimi, menolong si miskin, membiayai anak yuatim, menyelamat mereka yang berhutang, membantu yang tidak kemudahan, menjenguk mereka yang kesusahan, menunjukkan mereka yang sesat, menolong mereka lemah dan berhajat. Apabila melihat kefasadan atau kemungkaran, merekalah manusia paling marah dan paling berusaha menghapusnya. Ketika menghadapi zaman kesukaran, merekalah manusia paling mudah membantu, dirumah merekalah manusia paling perihatin mentarbiyah anak-anak dengan tarbiyah Islamiyah Quraniyah, dimasjid mereka adalah peserta di saf pertama, mereka mengimarahkan masjid dengan jamaah, solat, zikir, al-Quran, majlis ilmu, dakwah dan irsyad. Masjid menjadi asas terpenting dan termahal dalam perjalananbdakwah merek.
Begitulah Ikhwan memahami bahawa amal soleh dalam kepalbagaian bentuk dan warnanya dapat menjaga agama dan kehormatan seorang akh, dapat menimbal kehidupan yang tenang, dapat memandunya kepada kebaikan dan kerehatan fikiran. Amal-amal ini medannya sangat luas terbentang.
Begitulah Ikhwan memahami bahawa amal yang berterusan tanpa henti sahaja merupakan karakter hakiki mereka, jauh dari ukiran kata-kata dan rekaaan-rekaan teori. Jauh dari tenggelam dalam ilmu-ilmu teori yang kontang dan falsafah perdebatan. Begitulah ikhwan hidup dalam amal yang berterusan tanpa henti. Manusia memandang mereka dua sisi muka pada satu matawang, samada sebagai seorang muslim dalam satu amal yang berterusan mengambil syiar dari firman Allah “ Katakan Wahai Muhammad, hendaklah kalian beramal”. Ini sisi muka yang pertama kepada matawang tersebut. Atau sebagai seorang yang sentiasa “on call” kepada keperluan amal dakwah, sentiasa bersedia dengan taklif, mengambil syiarnya dari sabda Rasulullah s.a.w
(كل ميت يختم على عمله إلا المرابط في سبيل الله؛ فإنه ينمي له عمله إلى يوم القيامة)
Ertinya: “Setiap orang yang mati ditutup amal-amalnya kecuali orang al-murabith fisabilillah (orang yang sentiasa bersiap siaga di jalan Allah), kerana amalnya dikembangkan sehingga hari Kiamat”.
Oleh itu wahai ikhwah dan akhawat sekelian… ayuhlah kita beramal, gantikan bahasa ungkapan anda dengan bahasa amalan, berlepaslah dari medan bercakap, berteori, berfalsafah dan berdebat yang kosong menuju mihrab amal yang berterusan tanpa henti. Allah bersama kalian dan Allah tidak akan mempersia-siakan amal-amal kalian.
Disediakan oleh: UKG
No comments:
Post a Comment