لا يدخل الجنة من كان في قلبه حبة خردل من الكبر
Ertinya: Tidak masuk Syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.
Subhanallah ! Itulah pesanan Baginda Rasul s.a.w kepada kita supaya meninggalkan atau berusaha sungguh-sungguh untuk meninggalkan sifat sombong.
Ikhwah dan akhawat yang dikasihi sekelian,
1. Sifat sombong itu sebenarnya menghancurkan. Cuba kita tadabbur ayat 146, dari Surah al-A'raaf:
سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَإِنْ يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَا يُؤْمِنُوا بِهَا وَإِنْ يَرَوْا سَبِيلَ الرُّشْدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا وَإِنْ يَرَوْا سَبِيلَ الْغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ
Ertinya:
146. Aku akan memalingkan (hati) orang-orang Yang sombong takbur di muka bumi Dengan tiada alasan Yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadaNya, dan jika mereka melihat jalan Yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan Yang dilalui. dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan Yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
2. Hati orang yang Takabbur itu akan dikunci oleh Allah sehingga tidak mampu membezakan antara kebenaran dan juga kebatilan. Cuba kita teliti ingatan daripada Allah dalam ayat 35 dari surah Ghaafir ini.
كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ
Ertinya:
Demikianlah Allah meteraikan atas hati tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!"
No comments:
Post a Comment