Monday, 7 November 2011

Percaya Prasyarat Kemenangan

(Abu Aiman Rasyidi)

Kebanyakan mereka yang tewas dalam kehidupan  ialah mereka yang tidak percaya diri dan tidak percaya pada apa yang mereka bawa. Itu adalah sunnah Rabbaniyah yang Bijaksana pada masyarakat manusia. Tidak ada kemajuan bersama ragu-ragu dan tidak ada kemenangan kecuali bersama kemajuan. Tidak ada kehebatan pada sesiapa yang tidak ada kepercayaan dan tidak ada kemuliaan pada sesiapa yang tidak punya kehebatan.

Antara prinsip ketenteraan menyebut bahawa kemenangan itu hasil dari ruh maknawiyah yang tinggi. Tidak ada nilai mana-mana tentera sekalipun yang mempunyai bilangan dan kelengkapan sehebat manapun  jika maknawiyahnya runtuh. Jika kepercayaan adalah dari keyakinan dan kekuatan iman, maka kita sangat perlu menyelidiki hati-hati kita agar ia dimakmurkan dengan zikrullah, kasih kepada Allah dan kasih kepada kitab Allah. Kita teramat sangat memerlukan senjata ini, kita berhak memilikinya bahkan lebih utama memakainya.  Ungkapan ini saya sebut sebagai mengingatkan diri saya sendiri dan semua ikhwah dan akhawat yang memilih jalan dakwah ilallah dan berjihad bersungguh-sungguh untuk mengangkat dan memertabatkan kalimah Allah s.w.t. “Percayalah bahawa ikhwah dan akhawat sekelian bersandarkan kepada kekuatan paling hebat, berlindung di bawah jagaan kerajaan paling hebat yang tidak akan dapat dikalahkan, ditangan-Nya semua leher dan kesudahan mereka yang zalim melampaui batas-batas Allah.

Percayalah bahawa mereka yang melampau itu adalah wasilah-wasilah di hadapan Allah s.w.t yang Allah boleh perlakukan sebagaimana yang Dia kehendakki. Maka Allah boleh mengazab sesiapa yang dikehendakkinya dan menguji hamba-hambanya untuk membuktikan siapakah dikalangan mereka yang sabar dan thabat.

Percayalah bahawa Tuhanmu adalah paling menepati  dan benar janjinya. Dia telah berjanji menolong mereka yang menolong-Nya. Berjanji akan memberikan kemuliaan-Nya kepada hamba-hambanya yang beriman dan berjanji memberikan sebaik-baik perlindungan dan penerimaan kepada mereka yang berlindung dengan-Nya.

Selidikilah hati nurani mu… adakah ikhwah dan akhawat sekelian hidup dengan kedua-dua ma’ani yang hebat ini? Percaya terhadap kekuatan Allah dan percaya akan pertolongan Allah.  Apa dada ikhwah dan akhawat sekelian mengandung senjata Rabbani ini?  Saya mengajak ikhwah dan akhawat agar memakai senjata ini pada waktu pagi setiap hari, pada setiap saat di siang dan malam hari.  Setelah itu lihatlah bagaimana  ikhwah dan akhawat sekelian berhadapan dengan perkara mungkar, kezaliman dan kesesatan. ?!

Percayakan Allah, kekuasaan dan pertolongan-Nya akan menjadikan ikhwah dan akhawat sekelian orang yang maju ke hadapan dan orang yang thabat tanpa ragu-ragu. Ketahuilah bahawa  masyarakat tidak akan mewakilkan apa-apa perkara kepada mereka yang ragu-ragu dan tidak percaya diri. Masyarakat juga tidak akan menyahut seruan mereka yang pengecut.  Sedarilah bahawa senjata  kepercayaan yang diberikan oleh keimanan ini ada tanda-tanda dan natijah yang dihasilkan. Ada fenomena yang meninggalkan kesan hebat pada hati… itulah senjata berterus terang, bermati-matian dengan kebenaran, jelas dalam dakwah dan tidak bermuka-muka dalam urusan agama. Oleh itu ikhwah dan akhawat sekelian perlu bersungguh-sungguh mendukung kebenaran ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.  Kemukakanlah dakwah ini kepada masyarakat sebagaimana ikhwah dan akhawat sekelian pelajari dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w tanpa komproni.

No comments:

Post a Comment