Saturday, 24 December 2011

SIRI PERSEDIAAN DAIE MURABBI (1)


(1)  Membongkar Potensi Tersembunyi dan Menugaskannya
Ada seorang Murabbi yang mengendalikan sekumpulan remaja. Anggota kumpulan tersebut menjalankan aktiviti tarbawi seperti hafazan al-Quran, mengkaji sirah Nabawi dan bermain bolasepak.
-        Antara remaja tersebut ada yang tidak pandai dan tidak suka bermain  bolasepak sebagaimana teman-teman yang lain dalam kumpulan tersebut. Keadaan itu meninggalkan kesan negatif terhadap peribadinya dan juga terhadap cara berkomunikasi dengan aktiviti-aktiviti tarbawi yang lain.
-        Murabbi  berbincang lebih terperinci dengan remaja tersebut berkenaan  aktiviti riadah yang dia ingin lakukan.  Jawab remaja tersebut dia ingin bermain bola tampar. Langsung Murabbi menemani remaja tersebut  ke salah sebuah kelab sehingga remaja tersebut mampu melakukan aktiviti sukan yang digemarinya selama ini.
-        Murabbi tersebut menziarahi remaja itu beberapa kali sepanjang latihan sambil memberikan puji-pujian. Berdialog dengan jurulatihnya tentang tahap prestasi dan perfomannya dari sehari ke sehari.
-        Murabbi mendapati ada perkembangan yang sangat jelas pada peribadi remaja tersebut dan bertambah kadar interaksinya dengan aktiviti-aktiviti tarbawi. Perasaan bahawa dirinya kurang berbanding teman-teman di dalam kumpulan tersebut menjadi semakin tersembunyi.
 Melalui pengalaman ini,  Murabbi mendapat beberapa resolusi:-
Ø  Murabbi perlu memahami bahawa tugasnya sebagai murabbi tidak hanya dalam bentuk tradisi, bahkan tugasnya juga ialah membongkar potensi-potensi tersembunyi. Potensi-potensi ini jika berjaya dibongkar dan ditugaskan akan dapat merealisasikan berbagai keistimewaan pada tahap peribadi mahupun tahap dakwah.
Ø  Tidak ada seorang pun yang berintima’ dengan agama ini boleh diletakkan dalam senarai  “tidak berpotensi untuk menyumbang” kerana  semua orang memiliki “sesuatu”  kalaupun tidak banyak, yang mampu mereka  hulurkan sebagai khidmat kepada diri dan umat mereka . Murabbi mestilah menjadikan mereka sentiasa ingin memberi dan menyumbang.
Ø   Menugaskan  potensi-potensi peribadi di dalam berbagai bidang yang mereka minat atau sedia tekuni, membolehkan mereka menghulurkan yang terbaik pada mereka demi mencapai objektif-objektif yang telah digariskan.
Ø  Mengenali peribadi secara mendalam merupakan tugas-tugas ketua yang sangat strategik dan paling berpengaruh. Itulah lubuk kekuatan yang dimiliki. Itulah rahsia pemimpin-pemimpin hebat.
Ø   Bukan semua orang baik untuk semua kerja kerana setiap orang hanya mudah dengan apa yang sesuai dirinya. Kemampuan berbeza dan berbagai. Namun kita perlu berusaha  bersungguh-sungguh untuk meletakkan potensi yang sesuai pada tempat yang munasabah.
Ø  Setiap Murabbi hendaklah berusaha mencetuskan  kepada mutarabbinya perasaan percaya kepada dirinya  dan kepada dakwah .
Ø  Setiap Murabbi hendaklah mengikat amalnya dengan akhirat.
MURABBI PERLU MENGELAKKAN DIRI DARI:-
§  Memberi tumpuan hanya kepada yang cemerlang sahaja.
§  Membuat hukuman terhadap peribadi menerusi hanya satu suasana sahaja.
§  Tidak memberi peluang kepada peribadi untuk berkreativiti
§  Sibuk dengan tugas-tugas tradisi dan tidak berfikir tentang peribadi-peribadi yang bersamanya.

Disediakan oleh:
 Yusuf Mahmud
http://asastarbawi.blogspot.com






No comments:

Post a Comment