Wednesday, 26 October 2011

Peranan Halaqah Tarbawiyah

Allah s.w.t berfirman:

Ertinya: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Allah s.w.t berfirman lagi:
Ertinya:  Dan demikian (pula) kami Telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan[95] agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.
[95]  umat Islam dijadikan umat yang adil dan pilihan, Karena mereka akan menjadi saksi atas perbuatan orang yang menyimpang dari kebenaran baik di dunia maupun di akhirat.

Begitulah Allah s.w.t menghendaki bagi Umat Islam kedudukan, kemuliaan dan peranan yang hebat. Iaitulah peranan menunjukkan  manusia kepada jalan hidayah , jalan agama yang benar.  Jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t kepada manusia seluruhnya.  Peranan ini adalah wajib ke atas setiap muslim dan muslimah. Umat Islam seluruhnya akan berdosa jika mereka tidak bekerja mendirikan daulah Islam yang melaksanakan agama Allah dan melindungi buminya.  Mengambil semula tanah suci Islam yang dirampas, di dahului oleh Masjidil Aqsa.  Merealisasikan target ini adalah sebuah kewajiban dan ia tidak mungkin tercapai kecuali dengan amal jama’ie.  Sepertimana ungkapan “Apa yang tidak sempurna sebuah kewajiban, kecuali dengan ia, maka ia adalah menjadi wajib”.

Berasaskan prinsip inilah Imam Syahid Hassan Al-Banna berjalan dan beliau melihat dharuri membina satu Jamaah (Ikhwan Muslimin). Menjadikannya satu sistem dalam tarbiah dan harakah.  Membataskan marhalah-marhalah dakwah, iaitu mempersiapkan peribadi muslim, kemudian mempersiapkan usrah muslimah.  Oleh itu masyarakat Muslim mentarbiyah peribadi-peribadinya di atas manhaj Islam. Seterunya Khilah Islamiyah.

Sehingga tercapainya target-target tersebut, maka tidak dapat tidak mestilah ada manhaj, qiyadah dan perajurit. Berkenaan qiyadah ini Imam Syahid menjelaskan: “kepada qiyadah di dalam jamaah Ikhwan Muslimin ada hak bapa dengan ikatan hati, ustaz dengan manafaat-manafaat keilmuan, syeikh dengan tarbiyah ruhiyah dan qaid dalam menjalankan siasah umum dakwah”. 

Peranan seorang daie murabbi ialah membimbing tangan-tangan yang ada menuju kepada istiqamah di atas jalan ini, mentahzib jiwa dan mengukuhkan hubungan dengan Allah s.w.t. Ini terealisasi menerusi halaqah tarbawiyah yang dianggap sebagai sarang tarbawi kepada peribadi-peribadi yang ditarbiyah secara sistematik.  Padanya ada objektif-objektif  dan program-program tertentu. Ini bukannya rekaan atau bida’ah.  Di dalam Bai’atul Aqabah kedua Nabi s.a.w telah membai’ah seramai tujuh puluh dua lelaki dan dua wanita. Apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w: “Keluarkan daripada kalian dua belas orang Naqib”. Maka berbaki lagi selepas itu enam puluh orang, maknanya bagi setiap naqib ada lima peribadi bersamanya. Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Kalian adalah penjaga kepada kaum kalian”.

Sistem ini adalah bagi operasi tarbawi dan halaqah tarbiyah (Usrah). Dikira sebagai salah satu wasilah tarbiyah yang berkesan. Ia dikira sebagai perkara thawabit dalam pemikiran Islam yang syumul dan matang.  Maka tarbiyah adalah asas dalam kekuatan dan kemantapan binaan. Ia  mempersiapkan generasi-generasi dalam suasana ukhuwwah dan kasih sayang. Jika kita kembali merujuk kepada sirah Nabi s.a.w, kita akan dapati umat Islam generasi awal yang ditarbiyah diatas sajian-sajian al-Quran ini merupakan tiang-tiang seri dan juga tunggak-tunggak terbinanya daulah Islam. Ditangan merekalah tercapainya pertolongan Allah.

Imam Syahid Hassan Al-Banna telah mengambil panduan manhaj dan uslub ini dari Rasulullah s.a.w. Menggariskan jalan untuk mempersiapkan peribadi. Menjelaskan kriteria-kriteria peribadi Muslim yang terdiri daripada: Aqidah yang sejahtera, Ibadah yang benar, akhlak yang mantap, fikiran yang berilmu, menjaga waktu, teratur dan segala urusan, mampu berpendapatan, bermanafaat kepada orang lain, fizikal yang kuat dan mujahada terhadap diri sendiri.

Dari sini jelas kepada kita kepentingan halaqah tarbawiyah dalam kehidupan dakwah kita, yang menjaga:
1.      Ikatan kasih sayang kerana Allah menghimpunkan kelompok peribadi-peribadi itu.
2.      Ia adalah salah satu wasilah tarbiyah, tasqif dan ta’lim.
3.      Bengkel untuk meletupkan segala potensi yang ada, berkenalan dan menggunakannya.
4.      Bahkan ia menjadi batu-bata pertama dalam binaan jamaah dan pembentukan peribadi-peribadi serta mentarbiyah mereka dengan tarbiyah yang syumul dalam seluruh aspek kehidupan.

AHDAF HALAQAH TARBAWIYAH

1.      Mendapatkan balasan pahala dan kejayaan: Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya:  “ Tidaklah berhimpun sesuatu kaum di atas Kitab Allah dan saling mengambil faedahnya antara mereka melainkan mereka adalah menjadi tetamu-tetamu Allah dan para malaikat juga memayungi mereka sehinggalah mereka bangun dan masuk kepada perbicaraan yang lain”.

1.       Pembentukan peribadi Islam yang mutakamilah yang ditarbiyah diatas sepuluh sifat di atas sehingga membuahkan anak-anak yang tidak mengabaikan hak kedua ibubapanya, isteri qudwah yang menunaikan hak suaminya dengan penuh semangat  dan ruh yang tinggi, ibu yang benar yang baik dalam mentarbiyah anak-anaknya dengan tarbiyah yang cukup istimewa dan pegawai yang menunaikan tugasan dengan baik.

2.      Memberikan perhatian dari sudut haraki; tidak ada tarbiyah tanpa harakah dan tidak ada harakah tanpa tarbiyah. Inilah yang kita dapati sahabat-sahabat kita dari harakah Hamas.. tarbiyahnya menjelaskan tentang harakah, jihad dan kegigihan yang tiada bandingannya.

3.      Membiasakan peribadi dengan tarbiyah zatiyah. Seorang akh atau ukhti itu tidak cenderung kepada tarbiyah jamaiyah tetapi mestilah ada di sana usaha peribadi sendiri untuk mempertingkat mustawa dirinya. Bagi dirinya ada program-program  ta’lim amali dengan dirinya sendiri.

4.      Merealisasikan saling membantu (ta’awun) di antara peserta halaqah demi untuk peningkatan dalam setiap bidang, serta saling bertukar pengalaman tarbawi, manzili dan ijtima’ie. Bahkan memanafaatkan seluruh pengalaman yang ada dalam lingkungan halaqah.

5.      Melatih memberikan pandangan secara bebas, perbincangan, mengungkapkan pendapat, membentang dan mendengar secara baik. Ini boleh didapati menerusi halaqah tarbawiyah.  

6.      Kerjasama di antara peserta halaqah menyelesaikan permasalahan, seperti sensitiviti berlebihan, cepat marah, sombong, meninggalkan amalan sunat, mengabaikan tarbiyah anak-anak atau muamalah suami isteri yang tidak harmoni.

7.      Mengukuhkan ikatan antara peserta halaqah melalui cara merealisasikan rukun-rukun usrah, iaitu:

a.      TAARUF .. firman Allah:
Ertinya : Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal

                              # Taaruf dari dekat, iaitu dengan mengenali keadaan peribadi dan sosialnya.
                              # Mengenali apa yang disukai dan apa tidak disukai, kecenderungan dan arah tujunya
                            # Mengenali sistem kehidupannya, keadaan sosial, ekonomi dan keimanannya untuk             memudahkan murabbi membantu keperluan-keperluannya.

a.      TAFAHUM.. munculnya pada peserta halaqah kesatuan bahasa dan saling memahami ketika perbincangan isu-isu tempatan dan juga antarabangsa.
# Tafahum yang melahirkan saling menasihati tanpa jurang, gelaran dan perpecahan.
# Tafahum yang zahir pada persepakatan prioriti marhalah khas, tempatan dan antarabangsa.
# Tafahum yang menjadikan seorang akh atau ukht itu memahami saudaranya sebelum berbicara dengannya.

b.     TAKAFUL… kita tidak lupa bahawa takaful itu kadangkala dalam bentuk maknawi dan kadangkala dalam bentuk material.  Di mana setiap peserta halaqah saling menanggungbeban bahkan mungkin boleh diluaskan daerahnya kepada ikhwah dan akhawat yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dalam kasih sayang, kerahmatan dan perasaan mereka seperti satu jasad. Apabila satu anggota anggotanya, maka seluruh jasadnya turut berjaga malam dan demam.



UKURAN KEJAYAAN HALAQAH TARBAWIYAH

Tarbiyah yang hebat ialah yang mampu merealisasikan fenomena-fenomena berikut menerusi halaqah tarbiyahnya:
# Ikhwah akhawat yang saling berkasih sayang dan bersepakat di antara mereka.
# Ikhwah akhawat yang mukminun, mukhlisun dan muttaqun kepada tuhannya.
# Ikhwah akhawat yang benar-benar memahami agama dalam kerangka umumnya.
# Ikhwah akhawat yang peka dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekelilingnya.
# Memberikan tenaganya untuk amal-amal demi agama.
# Halaqah berjaya mentarbiyah para peserta, mengaktifkan dan menggunakan potensi mereka.

Kita tidak lupa… bahawa mu’aayasyah dan mutabaah peribadi secara dua hala pada waktu-waktu lain diluar waktu halaqah adalah tersangat penting ! Ini kerana ia dapat merealisasikan kepada kita:
# mengukuhkan hubungan dan membinaketerbukaan antara murabbi dengan para peserta.
# Jelas pandangan kepada para murabbi untuk mengenali kekurangan dan keaiban diri bagi memudahkan ilajnya.
#  Menjejaki potensi-potensi peribadi serta kebolehannya untuk senang digunakan.
# Penyempurnaan peranan tarbawi bersama peserta.

WASILAH-WASILAH PRAKTIKAL MEMBANTU MURABBI

# Jemputan makan dan alangkah baik jika dalam bentuk berbuka puasa
# Menemani mereka mendapat rawatan di klinik
# Berehat sambil duduk-duduk di tempat yang tenang dan cantik
# Berkomunikasi secara telefon
# Mengingati mereka ketika wirid rabitah
# Berkumpul atas hal-hal ketaatan kepada Allah

Sekadar itu sahaja semoga Allah memberikan taufiq dan kita tidak lupa untuk berdoa kepada Allah agar menerima amal-amal kita dan menjadikan kita sentiasa ikhlas kepadaNya.

No comments:

Post a Comment